236 Pulih, 1 Kematian dan 131 Kes jangkitan Covid-19 Hari Ini – KKM

- Advertisement -

Satu kematian berkaitan jangkitan Covid-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), setakat 12 tengah hari, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat jangkitan wabak berkenaan dalam negara ketika ini sebanyak 62 kes.

Dalam perkembangan sama, Noor Hisham berkata, sebanyak 131 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan sehingga kini.

“Ini menjadikan kes terkumpul sebanyak 3,793 di seluruh negara.

“Daripada jumlah itu, seramai 102 pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), termasuk 54 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya pada sidang media khas Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Noor Hisham berkata, sebanyak 236 pesakit dibenarkan keluar wad hari ini menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak 1,241 setakat ini.

Mengulas mengenai kematian terbaru, Noor Hisham berkata, kes kematian ke-62 (kes ke-3663) merupakan lelaki tempatan Malaysia berusia 67 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi.

“Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan beberapa kes indeks positif Covid-19 daripada perhimpunan di Seri Petaling (iaitu

kes ke-1265, kes ke-1266, kes ke-1267, kes ke-1404 dan kes ke-2549). Beliau dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu pada 29 Mac dan disahkan meninggal dunia pada 5 April, 10.22 pagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat