Kesesakan pintu masuk Johor-Singapura, sampai bila rakyat akan jadi mangsa keadaan? Soal Onn Hafiz

- Advertisement -

JOHOR BAHRU: Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menggesa Jabatan Imigresen agar menyelesaikan segara kesesakan yang berlaku di pintu masuk Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB).

Tegas Onn, rakyat tidak boleh disusahkan sebegini rupa.

Katanya lagi, penyelesaian segera perlu dilakukan dengan segera.

“Bagi pihak rakyat Johor, Malaysia yang berulang setiap hari, saya meminta dan merayu kepada kepimpinan Jabatan Imigresen agar menyegerakan penyelesaian kesesakan yang berlaku di kedua-dua pintu masuk KSAB dan BSI.

“Rakyat tidak boleh disusahkan sebegini rupa. Sampai bila mereka akan menjadi mangsa keadaan?, soalnya.

Terdahulu memetik BERNAMA, Jabatan Imigresen Malaysia dalam kenyataan Isnin lepas memaklumkan kesesakan luar biasa yang berlaku di Zon Motosikal Kompleks ICQ BSI dan KSAB adalah disebabkan masalah gangguan sistem M-Bike di kedua-dua laluan zon pemeriksaan motosikal masuk dan keluar.

Ketua Pengarah Imigresen Malaysia Datuk Ruslin Jusoh berkata insiden itu disebabkan oleh kerja konfigurasi sistem yang sedang dilaksanakan oleh syarikat pengendali baharu yang dilantik bermula 29 Feb lepas.

Beliau berkata bagi mengatasi masalah kesesakan di laluan motosikal, Jabatan Imigresen Malaysia telah mengambil tindakan segera dengan mengaktifkan kaunter manual secara maksimum.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat