Bekas PM, Menteri Kewangan terkait Spanco akan dipanggil SPRM – Azam

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Semua yang tekait dalam membuat keputusan penganugerahan kontrak perolehan syarikat membekal dan menguruskan kenderaan kerajaan, Spanco Sdn Bhd (Spanco) sejak syarikat berkenaan beroperasi pada 1990-an akan dipanggil bagi membantu siasatan.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, berkata ia termasuk Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika itu.

Beliau berkata, keterangan daripada semua yang terbabit itu perlu bagi melengkapkan siasatan kes berkenaan.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kontrak perolehan membekal dan mengurus kenderaan kerajaan dikendalikan Spanco Sdn. Bhd. (Spanco) adalah merugikan negara.

Anwar berkata, kenyataan itu bukan baharu disuarakan olehnya, namun ia pernah dibangkitkan beliau ketika menjawat Menteri Kewangan suatu ketika dahulu.

“Sikap keras saya terhadap Spanco sejak saya menjawat Menteri Kewangan dahulu. Jadi siasat, saya tidak tahu di mana salahnya. Tapi saya tahu ia tidak betul.

“Saya tahu ia merugikan negara dan saya tahu ia tidak menyenangkan penjawat awam.

“Tetapi (ketika itu) kita lesu tidak boleh berbuat apa-apa kerana tidak ada ketegasan dan tekad politik untuk bertindak. Sekarang ada (ketegasan dan tekas politik),” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat