Ku Li persoal kedudukan UMNO dalam kerajaan madani

- Advertisement -

\KUALA LUMPUR – Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah mempersoalkan pertimbangan Umno terkait kedudukan parti itu dalam Kerajaan Perpaduan sejurus terbongkarnya kewujudan titah adendum tentang tahanan rumah Datuk Seri Najib Razak.

Menurut bekas ahli Parlimen Gua Musang itu, beberapa persoalan timbul setelah mahkamah mengesahkan wujudnya titah adendum untuk Najib.

“Dengan menerima berita perihal keputusan mahkamah tentang Datuk Seri Najib Razak hari ini, dan juga dengan tersebarnya surat dari pejabat Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang bertarikh 4 Januari 2025 menyatakan dengan terang bahawasanya “adendum” tentang penahanan rumah Najib Razak wujud.

“Beberapa persoalan sekarang timbul dan ianya amat merisaukan kita semua dengan apa yang terjadi sekarang. Sejak pagi lagi saya telah dihubungi ramai tentang isu-isu yang timbul bersabit dengan kedua-dua perkara ini iaitu tahanan rumah yang ternyata wujud dan juga keputusan mahkamah pada pagi ini,” katanya.

Justeru kata Tengku Razaleigh antara persoalan yang timbul ialah apakah reaksi dan tindakan lanjut Umno dan kedudukannya sebagai sebahagian daripada Kerajaan
Campuran (Kerajaan Perpaduan) dengan adanya pelbagai bukti yang baharu ini?

“Bagaimanakah kerajaan tidak mempunyai maklumat tentang kewujudan “adendum” tahanan rumah yang telah dititahkan oleh Yang Di-Pertuan Agong yang ke-16?

“Selain itu, apakah kesan kenyataan yang telah dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen baru-baru ini perihal perkara ini?

“Kenyataan Peguam Negara melalui titah Yang Di-Pertuan Agong yang ke-17 agar apa-apa rayuan untuk Najib dibuat melalui proses yang baru, apakah kesan undang-undang setelah mengetahui bahawa terdapat tambahan bukti yang telah disahkan oleh Istana Pahang? soal beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat