Pemuda Pas desak polis siasat pengkhianat sembunyi titah adendum

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Pemuda Pas seluruh negara akan membuat laporan polis bagi mendesak siasatan dilakukan pihak berkuasa terhadap pengkhianat yang menyembunyikan titah adendum.

Ketua Penerangan Pemuda Pas Khairul Nadzir Helmi Azhar berkata, tindakan itu dibuat susulan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan Datuk Seri Najib Razak memulakan prosiding semakan kehakiman bagi membuktikan kewujudan titah adendum yang membenarkan bekas Perdana Menteri itu menjalani baki tempoh penjara bawah tahanan rumah.

Menurut beliau, bukti itu dikuatkan lagi apabila
surat daripada Istana Pahang mengesahkan kesahihan kewujudan titah adendum daripada Sultan Pahang, yang merupakan Yang di-Pertuan Agong ke-16 dimana salinannya turut dijadikan afidavit di Mahkamah Rayuan.

”Titah adendum ini yang sebelum ini dikatakan ‘hearsay’ telah terbukti dengan penjelasan pihak Istana Pahang mengenai kesahihan titah itu

“Pemuda Pas akan kerah seluruh jentera di peringkat negeri dan kawasan untuk membuat laporan polis hari ini terhadap mana-mana pihak yang cuba untuk menyembunyikan titah itu.

“Kita akan gesa pihak berkuasa membuat siasatan lanjut cari siapa pengkhianat yang sebenar, kerana tindakan itu satu pengkhianatan bagi sebuah titah oleh seorang yang berkuasa yang menjaga negara,” katanya kepada media di pekarangan Istana Kehakiman pada Isnin.

Terdahulu Mahkamah Rayuan dalam keputusan majoriti 2-1 membenarkan Najib untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi membuktikan kewujudan titah adendum yang membenarkannya menjalani baki tempoh penjara bawah tahanan rumah.

Dalam keputusan berbelah bahagi, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan juga membenarkan permohonan bekas perdana menteri untuk mengemukakan bukti baharu apabila merit kes dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

Keputusan majoriti dicapai oleh Azhahari Kamal Ramli bersama-sama Seri Mohd Firuz Jaffril manakala Azizah Nawawi yang mengetuai panel bersidang mencapai keputusan menentang.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat