Pas dakwa kerajaan derhaka, desak PM letak jawatan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pas mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim melepaskan jawatan Perdana Menteri susulan dakwaan kerajaan telah menyembunyikan kewujudan titah adendum sebelum Datuk Seri Najib Razak memfailkan permohonan di mahkamah.

Tindakan ini merupakan satu kesalahan besar yang menafikan hak Najib untuk mendapat keadilan sewajarnya, dakwa Ketua Penerangan Pas Ahmad Fadhli Shaari.

“Keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang mengesahkan kewujudan titah adendum berhubung tahanan dalam rumah Datuk Seri Najib membuktikan bahawa terdapat unsur penyembunyian maklumat penting oleh kerajaan sebelum permohonan beliau difailkan di mahkamah.

“Tindakan menafikan kewujudan titah adendum ini mencerminkan ketidakjujuran kerajaan dalam menangani isu keadilan dan hak individu,” kata Ahli Parlimen Pasir Mas itu dalam kenyataan media pada Isnin.

Tegas Fadhli, ini bukan sahaja mencemarkan sistem kehakiman negara tetapi juga mencetuskan persoalan besar mengenai integriti kepimpinan negara.

“Dengan keputusan mahkamah ini, kerajaan sedia ada telah hilang kewibawaan dan kredibiliti untuk terus mentadbir negara.

“Justeru, Perdana Menteri didesak agar segera melepaskan jawatan demi menjaga maruah dan kestabilan negara,” desak beliau.

Ujarnya lagi, keputusan Mahkamah Rayuan hari ini juga membuktikan bahawa kerajaan telah memanipulasi fakta serta berusaha menutup kebenaran daripada rakyat.

“Perdana Menteri seharusnya bertanggungjawab sepenuhnya atas krisis keyakinan ini dan mengambil langkah terhormat dengan meletakkan jawatan segera.

“Rakyat Malaysia diseru agar terus peka dengan perkembangan ini dan tidak membiarkan manipulasi politik menguasai sistem keadilan negara.

“Keutamaan perlu diberikan kepada memastikan kebenaran dan keadilan ditegakkan tanpa mengira latar belakang politik,” kata Fadhli.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat