Tangguh kutip sewa kantin Januari, Februari 2022 -KPM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kutipan sewa kantin bagi sekolah-sekolah kerajaan diarahkan untuk menangguhkan terlebih dahulu kutipan sewa untuk bulan Januari dan Februari 2022.

Inisiatif itu bagi memberi ruang penghalusan cadangan pengecualian sewaan kantin bagi tahun ini.

Hal itu dimaklumkan Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan Dan Pembangunan) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Noor Azman Abdul Rahman menerusi satu edaran kepada pengarah pendidikan di jabatan pendidikan semua negeri dan Wilayah Persekutuan.

“Untuk makluman pihak YBhg. Datuk/Dato’/Dr./Tuan/Puan, KPM bersama-sama dengan agensi berkaitan sedang mempertimbangkan cadangan pelaksanaan inisiatif pelanjutan pengecualian sewaan kantin sekolah untuk tahun 2022.

“Sehubungan itu, pihak YBhg. Datuk/Dato’/Dr./Tuan/Puan dipohon untuk memaklumkan kepada semua pentadbir sekolah di bawah seliaan jabatan supaya menangguhkan terlebih dahulu kutipan sewaan kantin bagi bulan Januari dan Februari tahun 2022 sehingga dimaklumkan kemudian,” kata edaran seperti dilapor Malaysiakini.

Semalam, portal itu melaporkan Presiden Persatuan Pengusaha Kantin Sekolah Malaysia (PPKSM) Hamzah Omar meminta kerajaan memberikan penangguhan bayaran sewa kantin selama enam bulan bagi membantu pengusaha yang berdepan kesulitan selepas hampir dua tahun tidak berniaga.

Kata Hamzah, di kala pengusaha bingung memikirkan modal yang habis untuk memulakan semula perniagaan selepas sekolah kembali dibuka, sekolah pula meminta pengusaha melunaskan sewa bulan Januari sebelum 7 haribulan.

“Menyalahi peraturan audit, katanya. Nampaknya peraturan audit tersebut sangat rigid (kaku), tak boleh diusik,” keluh Hamzah.

Kata Hamzah, PPKSM sudah meminta agar sewa kantin dikecualikan bagi tempoh enam bulan lagi, tetapi mereka belum menerima sebarang jawapan.

Perniagaan pengusaha kantin sekolah terjejas ekoran penutupan sesi persekolahan akibat pandemik Covid-19 yang melanda negara.

Bukan saja pengusaha kantin sekolah, banyak sektor dan perniagaan lain juga terjejas akibat pandemik itu, malah banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar.

Setelah mengalami episod buka-tutup sepanjang perintah kawalan pergerakan gara-gara Covid-19, sekolah dibuka semula 3 Okt tahun lalu secara berperingkat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat