Kai Havertz Positif Covid-19

- Advertisement -

LONDON: Penyerang Chelsea, Kai Havertz akan melalui proses pengasingan diri selepas diuji positif COVID-19.

Ujian terhadap Havertz didedahkan selepas pemain Jerman itu tidak disenaraikan dalam skuad Chelsea bagi pertembungan Liga Juara-Juara menentang Rennes di Stamford Bridge.

“Frank Lampard mengesahkan Kai Havertz diuji positif COVID-19,” kata kenyataan di laman sesawang Chelsea.

“Berikutan itu, pemain bgerkenaan kini menjalani tempoh pengasingan dan tidak terbabit dalam saingan Liga Juara-Juara menentang Rennes.”

Havertz melalui tempoh yang sukar di Chelsea sejak berhijrah dari Bayer Leverkusen pada penamat musim.

Pemain berusia 21 tahun itu hanya meledak satu gol dalam Liga Perdana Inggeris dan bergelut untuk mendapatkan persembahan terbaiknya selepas digunakan dalam pelbagai posisi oleh Lampard.

– AFP

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat