Belanjawan 2021: Peniaga gerai, penjaja harap bantuan modal, peralatan

- Advertisement -

KLANG: Peniaga gerai dan penjaja mengharapkan bantuan modal berniaga makanan kepada individu diberhentikan kerja semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam pembentangan Belanjawan 2021, esok.

Ini kerana sebahagian peniaga gerai dan penjaja di seluruh negara adalah dalam kalangan yang diberhentikan kerja secara tiba-tiba hingga menjadikan perniagaan antara cara meneruskan kehidupan yang terjejas.

Bagi Muhammad Fauzi Yaakub, 42, keputusan berniaga cucur udang dan rojak di gerai di Kampung Delek Kanan di sini, adalah alternatif terbaik untuk meneruskan kehidupan selepas diberhentikan kerja empat bulan lalu.

“Sebelum ini, saya memang kerja tetap tetapi diberhentikan kerja disebabkan PKP, jadi saya ambil keputusan berniaga makanan di gerai di sini.

“Saya amat berharap dalam belanjawan nanti ada bantuan untuk golongan seperti saya terutama bantuan kewangan.

“Jika tidak dapat bantuan kewangan, mungkin kerajaan dapat membantu kami dari segi menaik taraf perniagaan, iaitu bantuan peralatan, khemah, gerai serta memudah cara urusan mendapatkan lesen perniagaan,” katanya.

Seorang lain peniaga, Noor Zuszale Badri, 40, berkata ramai boleh berniaga tetapi kurang atau tidak modal.

“Sejak PKP, saya yang berniaga dari dulu pun dapat merasakan penurunan dan pelanggan berkurang yang mungkin perlu berjimat cermat.

“Jadi, kerajaan diharap dapat salurkan sumbangan kepada peniaga dan penjaja seperti kami dalam tempoh tertentu terutama kawasan dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),” katanya.

-BERITA HARAN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat