Hanya 80 ahli parlimen dibenar masuk Dewan Rakyat mulai esok

- Advertisement -

CYBERJAYA: Sebagai sebahagian daripada langkah mencegah penularan Covid-19, hanya 80 Ahli Parlimen sahaja dibenarkan memasuki dewan pada satu-satu masa ketika sidang Dewan Rakyat Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Parlimen ke-14 bermula Jumaat (esok) iaitu pada sesi Pembentangan Belanjawan 2021.

Menurut Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon, daripada jumlah tersebut, 41 mewakili Ahli Parlimen Kerajaan sementara 39 lagi mewakili Ahli Parlimen Pembangkang dan Bebas.

“Penentuan Ahli Yang Berhormat yang boleh berada dalam Dewan ditetapkan oleh parti masing-masing.

“Setiausaha Dewan Rakyat akan memberikan Kad Khas tersebut kepada Yang Berhormat Kota Bharu selaraskan kehadiran di pihak Anggota Pentadbiran dan ahli-ahli backbenchers.

“Manakala, di pihak pembangkang, Kad Khas ini akan diberikan kepada Yang Berhormat Sungai Petani untuk kehadiran Ahli-Ahli Pembangkang dan Bebas,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Sehubungan itu, beliau menasihati Ahli-Ahli Parlimen yang diberikan Kad Khas boleh merekodkan kehadiran di komputer riba masing-masing.

“Ahli-Ahli berhormat yang tidak diberikan Kad Khas pula boleh merekodkan kehadiran di Pintu 3 Blok Utama dan pintu masuk Blok Ahli Parlimen dan Pentadbiran dengan bantuan Bentara yang ditugaskan di kedua-dua pintu tersebut untuk mencatatkan kehadiran Ahli-ahli Berhormat,” katanya.

Pemilihan ahli Parlimen yang menyertai sidang akan ditentukan parti masing-masing dan mereka yang hadir akan diberikan kad khas untuk merekodkan kehadiran.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat