PN Melaka Sedia Runding Bahagi Kerusi Dengan UMNO Hadapi PRN

- Advertisement -

MELAKA – Perikatan Nasional (PN) negeri sedia berunding dengan UMNO berhubung pembahagian kerusi bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN).

Pengerusinya, Datuk Mohd. Rafiq Naizamohideen berkata, perbincangan itu penting bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru.

Bagaimanapun, katanya, terpulang kepada UMNO sama ada mahu berunding atau sebaliknya.

“Kalau mereka (UMNO) enggan berunding, itu hak mereka. PN sentiasa terbuka untuk berunding.

“Keteguhan solidariti antara komponen-komponen PN menjadi kekuatan kami. Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan bertembung sesama sendiri,” katanya pada sidang akhbar PN Melaka di Ayer Keroh, di sini hari ini.

Yang hadir sama dua Naib Pengerusi PN Melaka, Datuk Kamarudin Sidek dan Datuk Seri Michael Gan Peng Lam.

Terdahulu, Yang Dipertua DUN, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh mengumumkan pembubaran DUN Melaka selepas dipersetujui oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam.

Dalam pada itu, Kamarudin Sidek yang juga Pesuruhjaya Pas Melaka berkata, Pas juga akan melakukan rundingan dengan UMNO, sekiranya berlaku pertindihan.

“Kita akan berunding untuk elak pertembungan. Sebolehnya kita mahu pertembungan dua penjuru sahaja,” katanya.

Untuk rekod, Pas bertanding 23 kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) tetapi tidak memenangi sebarang kerusi DUN. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat