ADUN Tumbangkan Kerajaan Melaka Akan Dipecat, Zahid Bimbang Covid-19 Ketika PRN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) dan UMNO yang terlibat dalam usaha menjatuhkan kerajaan Melaka pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, bakal digugur keahlian partinya.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menegaskan bahawa ADUN berkenaan yang juga EXCO negeri, tidak sewajarnya berada dalam kerajaan sementara atau ‘caretaker’ ketika ini.

“Bagi ADUN daripada BN dan UMNO yang mengkhianati kerajaan pimpinan BN Melaka, saya harap mereka sedia menerima tindakan parti iaitu surat pemecatan (pengguguran keahlian parti) mereka.

“Saya berasakan persoalan utama bagaimana berlaku di peringkat nasional dan di beberapa negeri, kesetiaan wakil rakyat sama ada ADUN dan Ahli Parlimen hendaklah fokus kepada ketaatan kepada parti, terutama jika parti dinakhodai UMNO dan BN,” katanya pada sidang media di Parlimen, pada Selasa.

Selain itu, Zahid Hamidi mengubah pendiriannya sehari selepas menggesa pilihan raya negeri (PRN) diadakan di Melaka, susulan tindakan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tidak lagi menyokong kerajaan negeri pimpinan Sulaiman.

Hari ini, beliau berkata, penjagaan kesihatan dan mendepani pandemik harus diutamakan, jika Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) berpandangan amat bahaya diadakan PRN dalam tempoh 60 hari.

Katanya, panduan seperti di Sarawak mungkin boleh diikuti dalam pelaksanaan PRN di Melaka.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat