Lokasi pencemaran dikenal pasti

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Lokasi pencemaran yang mengakibatkan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih henti tugas semalam telah dikenal pasti,” kata Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurut beliau, hasil siasatan mendapati pencemaran itu datang dari kawasan belukar di pinggir kawasan industri, Jalan Emas, Negeri Sembilan.

 

“Sejumlah bahan buangan dan sebatian organik telah dijumpai.

“Bau busuk hampir menyamai bau yang menjadi punca LRA Sg Semenyih henti tugas semalam,” katanya dalam catatan di Facebook, hari ini.

Henti tugas ini menyebabkan 309, 605 akaun pengguna di 273 kawasan membabitkan empat daerah terjejas dan dijangka mengambil masa yang lama untuk dipulihkan sepenuhnya.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,546FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat