KPM Adakan Sesi Libat Urus Bersama Wakil PIBG Dan Guru

- Advertisement -

LABUAN: Kementerian Pendidikan Malaysia mengadakan sesi libat urus dengan wakil Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) dan guru-guru sekolah rendah di bawah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan, di Labuan.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin mempengerusikan sesi libat urus ini yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini.

Di dalam sesi ini YB Datuk Dr Radzi Jidin menerangkan cadangan-cadangan KPM berhubung pembukaan sekolah. Dr Radzi Jidin juga mendengar cadangan, pandangan serta menjawab soalan-soalan dari wakil-wakil PIBG dan guru-guru.

Turut hadir ialah YBhg Datuk Yusran Shah Mohd Yusof (Ketua Setiausaha KPM) dan YBhg. Datin Sri Noor Zamani Abdol Hamid (Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia).

Sesi libat urus di Labuan akan diteruskan esok pagi sebelum terbang pulang ke Kuala Lumpur. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,558FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat