PELITAWANIS TNB HULUR SUMBANGAN UNTUK HOSPITAL KUALA NERANG

- Advertisement -

KUALA NERANG, 5 September 2021 – Selaras dengan aspirasi Keluarga Malaysia, Persatuan Wanita Tenaga Nasional Berhad, PELITAWANIS TNB Kebangsaan menyahut seruan itu dengan sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) kepada Hospital Kuala Nerang.

Sumbangan melalui PELITAWANIS TNB Cawangan Alor Setar dengan kerjasama PELITAWANIS TNB Cawangan Jitra, Kedah itu berupa satu unit mesin hemodialisis dan 10 buah kerusi roda bagi kegunaan pesakit di hospital tersebut.

Majlis penyerahan sumbangan itu disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid hari ini.

“Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada PELITAWANIS TNB atas inisiatif yang diambil untuk mengumpul sumbangan dan seterusnya menyalurkannya dalam bentuk mesin hemodialisis serta kerusi roda itu”.

“Sememangnya sumbangan tersebut amat bermakna kepada penduduk di Parlimen Padang Terap ini dah boleh dimanfaatkan sepenuhnya oleh pihak pengurusan Hospital Kuala Nerang, sekaligus meningkatkan lagi tahap perkhidmatan hospital itu kepada rakyat”.

Tambah Datuk Seri Mahdzir yang juga Ahli Parlimen Padang Terap, dana bagi membeli mesin yang anggaran harganya bernilai RM40,000 seunit dan 10 buah kerusi roda itu adalah hasil daripada kutipan Majlis Malam Amal PELITAWANIS TNB 2020.

Sebanyak 37 unit mesin hemodialisis telah diagihkan ke seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah melalui PELITAWANIS TNB di peringkat cawangan.

Persatuan yang dianggotai oleh kakitangan wanita dan isteri kakitangan TNB itu aktif menjalankan pelbagai program CSR bersama masyarakat terutamanya menyantuni golongan B40 dan asnaf yang terkesan dengan pandemik COVID-19.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat