Azeez Rahim perlu sahkan dipanggil SPRM, Asyraf Wajdi wajar berundur dari MARA – Afif

KUALA LUMPUR – Pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji telah mengesahkan bahawa wujud kelemahan serius dalam tadbir urus dan pengurusan institusi yang diamanahkan menjaga simpanan umat Islam.

Justeru, rakyat kini menuntut akauntabiliti, bukannya alasan.

Sehubungan itu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu Dr Afif Bahardin menggesa Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim tampil segera kepada rakyat dan mengesahkan sama ada beliau telah dipanggil atau menerima sebarang notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan susulan terhadap dapatan RCI.

“Beliau mendakwa telah ada surat daripada Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 2021 yang membebaskan beliau daripada sebarang penglibatan, maka beliau perlu kemukakan surat itu kepada umum.

“Namun begitu itu tidak cukup untuk membersihkan beliau daripada sebarang dakwaan salah laku selagi mana siasatan yang telus di laksanakan.

“Rakyat berhak mengetahui status sebenar perkara ini, dan sebarang spekulasi hanya boleh dihentikan melalui penjelasan terbuka daripada beliau sendiri dan proses siasatan yang bebas dan bersih.

“Saya juga menggesa Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengambil tanggungjawab moral atas peranannya sebagai Timbalan Menteri yang berkaitan dengan portfolio Hal Ehwal Agama dalam sebahagian tempoh yang menjadi fokus RCI.

“Walaupun sebarang liabiliti individu perlu ditentukan melalui proses undang-undang, beliau tidak boleh berpura-pura seolah-olah tiada apa yang berlaku,” desak Afif.

Justeru katanya, demi menjaga integriti institusi awam serta memastikan tiada persepsi wujud campur tangan atau pengaruh terhadap mana-mana siasatan atau keputusan pendakwaan yang mungkin dibuat oleh pihak berkuasa, Asyraf Wajdi wajar melepaskan jawatan sebagai Pengerusi MARA sehingga semua proses siasatan berkaitan selesai.

“Umno tidak boleh memilih prinsip mengikut keadaan. Ketika melibatkan lawan politik, mereka begitu lantang menuntut peletakan jawatan atas alasan integriti.

“Kini apabila pemimpin mereka sendiri dikaitkan dengan tempoh pentadbiran yang menjadi subjek dapatan sebuah RCI, prinsip yang sama mesti terpakai. Integriti bukan slogan yang digunakan secara terpilih.

“Saya menyeru SPRM dan Jabatan Peguam Negara menjalankan siasatan serta membuat sebarang keputusan pendakwaan secara bebas, profesional dan tanpa memilih bulu.

“Tiada sesiapa yang kebal daripada undang-undang, dan tiada sesiapa yang harus diberikan layanan istimewa,” tegas beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat