Hishammuddin Sertai Forum Antarabangsa Kerjasama Vaksin Malam Ini

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussien akan membincangan isu monopoli vaksin dan penekanan mengenai kepentingan pengagihannya secara saksama pada mesyuarat Forum Antarabangsa Kerjasama Vaksin secara maya 8 malam ini.

Melalui satu kenyataan Wisma Putra, forum yang dianjurkan Kementerian Luar China itu dipengerusikan Menteri Luar China, Wang Yi dengan perbincangan tertumpu kepada usaha peningkatan kapasiti pengeluaran dan kerjasama teknologi vaksin.

“Perbincangan semasa mesyuarat tersebut akan tertumpu kepada usaha peningkatan kapasiti pengeluaran vaksin dan kerjasama teknologi vaksin agar ianya lebih mudah diperolehi pada harga yang berpatutan oleh negara-negara membangun, bagi memerangi pandemik COVID-19.

“Fokus ucapan Hishammuddin dalam mesyuarat tersebut turut menyentuh mengenai keperluan segera bagi semua negara mendapat akses bagi perolehan vaksin kerana ia adalah kaedah terbaik mengekang wabak Covid-19.

“Satu kenyataan bersama akan dikeluarkan sebagai hasil mesyuarat bagi mempamerkan kesatuan dan komitmen teguh negara-negara peserta melalui kerjasama sejagat,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat