Covid-19: 15 Kes Import, 6 Jangkitan Tempatan

- Advertisement -

Cyberjaya – Jumlah kes Covid-19 kembali kepada 2 angka hari ini membabitkan 15 kes import dan 6 jangkitan tempatan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham berkata, semua 21 kes baru itu membabitkan warganegara.

Katanya, 3 daripada kes jangkitan tempatan itu membabitkan kluster pesakit dalam siasatan (PUI) Sivagangga di Kedah.

Lapan belas pesakit telah sembuh manakala dua lagi sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi, bagaimanapun tiada pesakit yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Tiada kematian dicatatkan hari ini menjadikan angka kekal 125.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, enam kes tempatan itu melibatkan tiga daripada Kluster PUI Sivagangga di Kedah, dua kes di Sabah dan satu lagi di Johor.

“Ketiga-tiga kes PUI Sivagangga dikenalpasti melalui saringan kontak rapat kes positif kluster ini di mana mereka adalah kes generasi kedua.

“Dua daripada kes tersebut adalah kontak rapat kepada kes ke-9, 000 di mana kedua-duanya adalah anak kepada kes tersebut (iaitu kes ke-9, 021 dan kes ke-9, 022).

“Seorang daripada anak beliau telah mengalami gejala saluran pernafasan pada 30 Julai lalu namun tidak mendapatkan rawatan di mana-mana fasiliti kesihatan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat