Bukan Al Jazeera Sahaja, Media Tempatan Pun Kena, Tak Adil Lagi Ke?

- Advertisement -

TAK patutlah agensi media asing yang dapat kebenaran beroperasi disini, mengkritik pihak berkuasa negara kita kerana mengambil tindakan atas laporan tidak betul yang mereka buat.

Menjadi agensi media, bukan lesen untuk langgar undang-undang negara tuan rumah.

Kita yakin, sebelum buat keputusan untuk buka pejabat disini, Al Jazeera sudah kaji negara kita segala segi – termasuk perundangannya.

Justeru sepatutnya fahamlah bahawa bila ada laporan dibuat, pihak berkuasa perlu menyiasat dan mengambil tindakan dimana perlu.

Inilah yang sebenarnya berlaku.

Apatah lagi dalam serbuan yang dijalankan semalam itu, bukan sahaja Al Jazeera malah agensi berita tempatan pun kena sama, adil apa?

Tapi yang diwar-warkan hanyalah mereka sahaja, tak betul macam itu.

Samalah halnya seperti dokumentari kontroversi yang jadi punca kepada tindakan pihak berkuasa sekarang – dimana warga asing kena PKPD (kawad duri) dia jadikan isu, kawasan penduduk tempatan yang kena tindakan sama, dia buat tak tahu.

Itu saja dah tak betul, belum sebut lain-lain hal lagi seperti dakwaan kononnya warga asing tanpa izin ini dipukul, dipisahkan anak kecil dari ibu bapa, hilang dan sebagainya.

Lagipun, serbuan ini perlu untuk lengkapkan siasatan, bukan nak tekan atau sekat kebebasan media.

Kalau nak sekat, kerajaan tutup terus dah (tak berlaku pun) – yang mana bukan perkara baru kepada Al Jazeera, kerana difahamkan mereka telahpun disekat dari beroperasi di beberapa negara seperti Arab Saudi, Mesir, Bahrain dan banyak lagi sebelum ini atas dakwaan laporan tidak betul di semua negara terbabit.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat