Biar KJ Terajui UMNO, Kalau Benar Ingin Berubah Kata AMK Selangor

- Advertisement -

Cyberjaya – UMNO digesa untuk memilih Khairy Jamaluddin sebagai Presiden parti sekiranya ikhlas untuk melakukan perubahan.

Perkara itu dibangkitkan oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Mohd Najwan Halimi melalui laman Twitternya sebentar tadi.

“UMNO perlu dipimpin oleh @Khairykj sekiranya mereka benar-benar mahu buat perubahan,” memetik ciapan Ahli Dewan Negeri (ADUN) Kota Anggerik itu.

Najwan turut memuatnaik laporan berita berhubung gesaan Khairy agar UMNO segera bergerak ke depan.

Terdahulu Ahli Parlimen Rembau itu berkata bekas perdana menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak telah di sabitkan kesalahan, maka UMNO perlu mencari pemimpin muda yang baharu untuk menerajui parti.

“Saya cakap benda yang menjadi rahsia terbuka sekarang ini. Masih ada yang berharap Datuk Seri Najib kembali sebagai presiden Umno.

“Ini yang saya maksudkan. Mereka tak nak cakap benda ini, tapi saya terpaksa cakap. Bagi saya, kita perlu bergerak ke hadapan. Cari generasi baru untuk memimpin Umno,” katanya.

Pandangan Najwan itu kemudiannya dibidas oleh pengguna laman media sosial yang meminta AMK Selangor untuk mengunakan gesaan yang sama terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Cuba cermin diri bro, pemimpin utama PKR pun sama generasi dengan Najib, siap masuk penjara salahguna kuasa semasa jadi TPM di zaman PM4,” ujar @aafiqshah

“Jaga lah parti PKR tu, Abwar dah tak relevan juga. Harus ditukar dengan yang baharu. Itu pendapat saya!” tegas @tundin pula.

“Brader, saya kira baik kamu suruh presiden PKR lupakan hajat nak jadi PM, biarkan muka fresh (baharu) macam kamu terajui PKR barulah ahli PKR tak cabut (lari) ramai-ramai. #reformasi.” kata @Alvinnalrish

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat