Hasut MP UMNO tanding tiket Bersatu, Ismail Sabri lapor polis tuduhan palsu Lokman Adam

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membuat satu laporan polis bagi menyiasat bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam yang menuduh beliau cuba meyakinkan 25 ahli Parlimen UMNO menjadi calon Bersatu jika tidak terpilih sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-15 ( PRU-15).

Setiausaha Politiknya, Datuk Syed Mohd. Fazmi Sayid Mohammad berkata, pihaknya telah diarahkan Ismail Sabri untuk membuat laporan polis ketika berada di sekitar PWTC lebih kurang pukul 11 pagi, semalam.

May be an image of 5 people, people standing and people sitting

“Saya telah meneliti video berdurasi satu jam 42 saat yang disyaki telah dimuat naik oleh seorang individu bernama Lokman Adam yang mana beliau telah dipecat daripada UMNO tahun lepas.

“Setelah meneliti isi kandungan video tersebut saya dapati dengan jelas pemilik akaun tersebut telah membuat fitnah dan hasutan kepada Ismail Sabri bermula minit ketiga sehingga akhir video dan saya juga diberitahu beliau (Ismail Sabri) tidak pernah membuat sebarang penyataan berkenaan tohmahan terbabit,” ujarnya ketika membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi sebentar tadi.

Jelas beliau, siasatan ke atas Lokman perlu dilakukan mengikut akta-akta berkaitan dengan fitnah (Akta Hasutan 1948 , Akta Anti Berita Tidak Benar (Akta 803) dan Akta SKKM (Akta1998) kerana secara jelas beliau telah sewenangnya membuat tuduhan terbuka.

“Pelbagai tuduhan dan cacian yang dilemparkan oleh pemilik akaun facebook Lokman Adam terhadap Ismail Sabri tidak benar dan bersifat fitnah sehingga merosakkan imej beliau selaku Naib Presiden UMNO dan Menteri Kanan (Keselamatan),” katanya.

Terdahulu, pemilik akaun facebook Lokman Adam melalui sebuah video didakwa membuat tuduhan bahawa Ismail Sabri cuba meyakinkan 25 ahli Parlimen UMNO untuk menjadi calon (Bersatu) jika tidak dipilih sebagai calon UMNO pada PRU-15.-SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat