Dah cuba PH, PN, apa salah cuba Anwar pula – MP UMNO dedah sign SD

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris mengakui beliau menandatangani akuan bersumpah (SD) yang menamakan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri yang baharu.

Memetik Utusan Malaysia, Ahmad Nazlan mendedahkan SD berkenaan adalah yang kedua ditandatanganinya selepas yang pertama kepada Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien sebagai sokongan kepadanya untuk diangkat sebagai Perdana Menteri Interim jika Majlis Raja-Raja Melayu menubuhkan kerajaan interim.

Menurutnya dia bersedia untuk mencuba kerajaan baru kerana pentadbiran Pakatan Harapan (PH) bawah Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini telah gagal dan pemerintahan Perikatan Nasional (PN) diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin juga masih belum berjaya membantu rakyat.

“Jadi, apabila ada idea mencadangkan Anwar sebagai perdana menteri, saya bersetuju.

“Masih ada dua tahun ketika ini yang boleh kita cuba, kita dah merasai 22 bulan di bawah PH, berbelas bulan dengan PN dan kita rasa pulalah kerajaan baru, mungkin kerajaan baru itu nanti lebih berwajah baru,” katanya.

Bagaimanapun, Ahmad Nazlan tidak mendedahkan berapa ramai ahli parlimen UMNO lain yang telah memberikan sokongan kepada Anwar.

“Saya apabila diminta membuat pilihan dan pertimbangan, pada saya tidak salah kerana kerajaan hari ini belum berjaya pada hemat saya, jadi baik kita beri peluang kepada kerajaan baru,” katanya lagi.

Laporan itu juga mengatakan Ahmad Nazlan sebelum ini menyokong bekas naib presiden UMNO Hishammuddin Hussein tetapi kemudian menyokong Anwar.

Terdapat desas-desus Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedang berusaha untuk mengeluarkan UMNO daripada PN, yang akan menyebabkan keruntuhan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Sekumpulan ahli Parlimen UMNO, termasuk Hishammuddin dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula dikatakan berusaha untuk menyekat usaha tersebut.

Hal ini membuka ‘gelanggang’ pertarungan dalaman UMNO yang juga akan menentukan nasib kerajaan PN.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat