PRK Chini: BN Menang Besar

- Advertisement -

PEKAN – Calon Barisan Nasional, Mohd Sharim Md Zain menang besar dalam pilihan raya kecil Chini mengalahkan dua calon bebas.

Mohd Sharim meraih 13,872 undi daripada keseluruhan 15,231 pemilih berdaftar yang keluar mengundi hari ini.

Parti pembangkang tidak bertanding pada PRK kali ini, meskipun beberapa kali mrmberi amaran kepada BN bahawa PRK kali ini bakal berlangsung dengan sengit.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata peratusan keluar mengundi sebanyak 73.87 peratus. Terdapat 239 undi rosak.

Calon bebas PRK Chini Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin dan Mohd Shukri Mohd Ramli masing-masing mendapat 1,222 dan 137 undi.

Tengku Zainul ialah timbalan ketua Bersatu Bahagian Pekan tetapi secara automatik dipecat kerana melanggar perintah partinya untuk tidak bertanding dalam pilihan raya kecil ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat