37 Tahun TV3 – Satu Kembara Penyiaran (1)

- Advertisement -

Oleh:  Mohd Fudzail Mohd Nor

Pada 1 Jun 2021 TV3 sudah mencecah usia 37 tahun. Telah berusia dengan tahap pengalaman dan kepakaran yang berada ditingkat yang menjulang nama sebagai stesen TV terulung di Malaysia.

Saya bekerja pada tahun 1992 hingga 2010 sebagai pengurus IT seawalnya dan berakhir sebagai Pengarah Pantai Timur dan Malaysia Timur untuk Mega TV. Banyak menyimpan kenangan manis sewaktu bersama TV3 dengan para sahabat yang sama bekerja untuk sesuap nasi.

TV3 adalah saluran televisyen bebas udara yang dimiliki oleh konglomerat Media Prima pada hari ini. TV3 dilancarkan pada 1 Jun 1984 sebagai saluran televisyen swasta pertama dan tertua di negara ini. Pada tahun 2013, TV3 kekal sebagai stesen televisyen yang paling banyak ditonton di Malaysia, walaupun jumlah penonton televisyen bebas kian menurun.

TV3 secara rasmi mula bersiaran di Lembah Klang (kawasan sekitar Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia) sempena tarikh hijrah pada hari pertama Ramadan 1404H (1 Jun 1984) pada jam 5:00 petang waktu tempatan dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.

Dengan siaran enam jam dari jam 5:00 petang hingga 12 tengah malam. Pada masa penubuhannya, pemiliknya Sistem Televisyen Malaysia Berhad (STMB), diperbadankan pada 15 September 1983 dan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad adalah antara aset media Malaysian Resources Corporation Berhad. Saluran televisyen biasa disiarkan dari sebuah bangunan di Jalan Liku, Bangsar, Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Pada 22 September 2003, kedua-dua Sistem Televisyen Malaysia Berhad dan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad dipisahkan dari Malaysian Resources Corporation Berhad dan bergabung menjadi Media Prima Group sambil mengekalkan jenama masing-masing. Sri Pentas kemudian menjadi markas untuk semua saluran televisyen dan radio Media Prima.

Sri Pentas atau “The Stage” adalah Pusat Operasi TV3. Ia dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad pada 22 Oktober 1997.

Sri Pentas menempatkan tiga studio utama yang menyediakan pengeluaran berita dan urusan semasa.

Bilik kawalan utama (MCR) dan Conti juga terletak di sini. Selain dari Sri Pentas, premis lama di Jalan Liku di Bangsar masih dihuni oleh beberapa unit operasi.

Operasi telah melampaui penyiaran. TV3 selama beberapa tahun terakhir telah banyak berinvestasi dalam produksi filem, industri musik dan album, animasi dan penyewaan peralatan.

Semenjak pelancarannya, TV3 telah mendahului stesen televisyen lain di Malaysia dan telah dua kali menjangkau 41% bahagian penonton (12 Januari – 18 Januari 2003 dan 29 Jun – 5 Julai, 2003), peratusan penonton tertinggi pernah dicapai oleh sebuah stesen televisyen Malaysia.

Dari segi pendapatan pengiklanan, syarikat mengekalkan kedudukan kepimpinannya dan berterusan menghasilkan pertumbuhan hasil yang kukuh daripada iklan-iklan. TV3 terus meningkatkan perkakasnya untuk pengeluaran dan transmisi, dan kakitangannya menerima latihan dan pendedahan berterusan dalam penerbitan televisyen. Ini membolehkan TV3 untuk kekal sebagai penyiar komersial persendirian yang terkemuka.

Dengan pemulihan ekonomi Malaysia, telah terdapat satu permintaan yang seiring untuk program tempatan, termasuk berita, hal ehwal semasa, majalah-majalah, perbincangan, sukan, dokumentari, drama atau filem. Dengan satu asas yang kukuh pengeluar televisyen telah merevolusikan pengeluaran kandungan tempatan untuk tahap mengkagumkan dalam industri siaran.

Stesen TV3 telah menjadi perintis fesyen dengan menghasilkan pengeluaran rancangan tempatan berkualiti dan telah manarik perhatian dan kesetiaan penonton Malaysia.
Percaya bahawa kandungan tempatan adalah caranya, TV3 terus melabur dalam pekerja dan peralatan bagi menghasilkan kandungan tempatan yang berkualiti.

Sejarah Operasi TV3 (Ini diambil dari laman web)

Sistem Televisyen Malaysia Berhad atau TV3 mula beroperasi pada 1 Jun 1984. Rumah Siaran awalnya ialah di Jalan Liku. Bangsar. Manakala pejabat pentadbiran di bangunan Pernas, Kuala Lumpur.

Bahagian Kejuruteraan Luar di bawah seliaan Jurutera Yusof ditempatkan di Sungai Besi. Sebelumnya siaran percubaan selama dua bulan bermula pada bulan April.
Kakitangan paling awal juga menyertai stesen itu pada bula April tahun yang sama.

(Gambar: Bangunan Pertama TV3)

Kebanyakan kakitangan malapurkan diri pada 1 April, kerana hari tersebut ialah hari Ahad. Berkebutulan pula 1 April disambut di seluruh dunia sebagai April Fool.

Antara kakitangan awal termasuklah Jaafar Daud, Ketua Jurutera, Allias, Pengurus Kakitangan, Mahani, Pentadbiran, Sabri Kewangan bersama Malini, Ahmad Merican Rancangan, Ahmadi Hassan Perhubungan Awan, Mohd Noor Salleh sebagai Pengurus Besar.

Lain-lain termasuklah Sherkawi Jirim, Puan Rohani Yusof, Drama dan beberapa orang lagi. Manakala kakitangan teknikal dan penerbitan kebanyakannya datang dari RTM.

Olimpik Los Angeles adalah mukaddimah siaran lansung yang memberi cabaran yang akhirnya membawa kejayaan cemerlang pada stesyen TV3.

Pada Januari 1985, bermulalah episod baru dimana TV3 menerbitan berita sendiri. Sebelum itu berita hanya diambil dari RTM. Mahadhir Lokman adalah pembaca berita pertama. Selain beliau, pembaca Buletin Utama ketika itu ialah Ab. Razak Abdullah, Fitri Aziz, Christin Lim. A.Samad Ismail atau Pak Samad (Allahyarham) merupakan orang yang memberi bimbingan sehingga Buletin Utama menjadi sebutan sehingga ke hari ini.

Selain itu bahagian berita dan Majalah memulakan penerbitan programnya sendiri. Antaranya rancangan Kuali dan Nona di kendalikan oleh Anwardi Jamil dan Karim Mohamad. Manakala Salleh Kasim yang bertanggungjawab di bahagian majalah pula menerbitkan Majalah 3 (Program ini popular sehingga ke hari ini).

Manakala bahagian hiburan pula menerbitkan rancangan hiburan pertama Juara Lagu kemudian dinamakan Muzik-Muszik. Juara Lagu pula dijadikan anugerah tahunan.
Bahagian Hiburan turut menerbitkan program tahunan ‘ Golden Kite World Song Festival. Ianya disiarkan secara langsung kebeberapa negara yang menjadi destinasi MAS.

Antara kakitangan awal yang terlibat dalam pnerbitan ini ialah Kak Zu (penerbit-sekarang menetap di German). Wan Maharuddin. Manakala kakitangan teknikal pula ialah Mohd. Mahendran dan Limat Yon. Mereka berdua adalah Penerbit Teknikal pertama di stesen ini.

Sebenarnya TV3 meraih pelbagai kejayaan sepanjang operasinya. Tetapi kejayaan-kejayaan itu hanya diraikan oleh kakitangan penerbitan sahaja. Manakala kakitangan kejuruteraan hanya dianggap mesin dan tidak pernah diraikan dalam apa bentuk sekalipun.

Seterusnya TV3 bertambah popular dengan kehadiran Wan Zaleha Radzi yang mengacarakan program Majalah 3 dan Ezzah Aziz Fauzi yang mengacarakan rancangan Nona. Namun sebelum itu pembaca susunan rancangan, Habibah dan Fauzen menjadi personaliti awal yang meraih populariti di stesen ini. Sehingga ke hari ini TV3 masih unggul walaupun berbagai cabaran ditempuhi.

Mega TV adalah perkhidmatan televisyen berbayar berasaskan langganan pertama di Malaysia. Ia ditubuhkan pada 18 Oktober 1994 dan mula disiarkan pada 1 November 1995 dan dikendalikan oleh TV3. Ini terutama dinyatakan kerana kegagalannya masuk ke pasar televisyen berbayar.

Cableview Services Sdn Bhd atau Mega TV ditubuhkan pada 18 Oktober 1994 oleh sebuah konsortium yang terdiri daripada Sistem Televisyen Malaysia Berhad, Menteri Kewangan Diperbadankan, Eurocrest Sdn Bhd, Ibex TV (M) Sdn Bhd dan Sri Utara Sdn Bhd.
Transmisi berasaskan dan siaran dari Petaling Jaya pada 1 November 1995 melalui sistem penyiaran berasaskan gelombang mikro.

Menghadapi persaingan sengit dari rangkaian televisyen satelit Astro yang dilancarkan tujuh bulan kemudian, digabungkan dengan kegagalan untuk mengembangkan kandungannya, Mega TV menghentikan penayangan pada tahun 2001 sebagai hasilnya, menjadikan Astro sebagai satu-satunya penyedia perkhidmatan TV berbayar di Malaysia

TV3 Ghana

Antara yang menghadiri majlis itu ialah Datuk Mohd Noor Yusof, Pengerusi STMB, Datuk Khalid Haji Ahmad-Pengerusi Eksekutif MRCB. Pada 1 Oktober 1997, TV3 Malaysia melakar kejayaan lain dengan pelancaran stesen TV swasta di Ghana. Stesen TV swasta pertama di Afrika Barat diberi nama TV3 Ghana. Penyiaran dari Accra, ibu kota, stesen ini menggunakan konsep “First in News, Best in Entertainment.”

Bergaul dengan kakitangan TV3 Ghana

Pada masa ini, ia beroperasi dari bangunan yang sebelumnya diduduki oleh Ghana Film Industry Corporation (GFIC). Kerja pengubahsuaian stesen penyiaran dilakukan di bawah pengawasan pegawai TV3. Langkah-langkah untuk memindahkan pengetahuan dan kepakaran sedang berjalan dan berjalan lancar. Waktu penghantaran terhad kepada tujuh jam pada hari kerja dan dilanjutkan hingga lapan pada hujung minggu.

Kakitangan TV3 Noraini Tahir bersama kru tempatan di Boti Falls, Ghana
Selain berita, terdapat juga sambutan hebat dari penonton dan pengiklan terhadap program hiburan. Teratas dalam senarai adalah “Gold Blast”. Tidak ketinggalan, Jabatan Majalah menghasilkan “Insight” dan “Youth Quake”.

Kedai Tiga

Kedai Tiga (secara rasmi dikenali sebagai K3 atau Kreatif 3). Kedai ini menjadi tempat kegemaran pengunjung Sri Pentas, di mana mereka dapat memperoleh cenderahati korporat TV3.

(Bersambung)

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat