Hasanuddin Nafi Sertai Bersatu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen dari Parti Amanah Negara(Hulu Langat), Hasanuddin Mohd Yunus nafi akan meninggalkan parti itu.

“Tiada sebab. Tak bagus lompat. Tak betul,” katanya ringkas ketika diminta mengesahkan laporan bahawa beliau dan dua lagi anggota parlimen dsrinparti itu akan menyertai Bersatu.

Dalam laporan semalam, tiga Ahli Parlimen Amanah dijangka akan menyertai Bersatu dalam masa terdekat, bagi mengukuhkan lagi kerajaan Perikatan Nasional yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut sumber dalaman, tiga ahli parlimen tersebut ialah bekas Menteri Pertanian, Datuk Salahuddin Ayub (Pulai), Hasanuddin Mohd Yunus (Hulu Langat), dan Dr. Hasan Baharom (Tampin).

Salahuddin hari ini turut menafikan laporan tersebut, melalui satu kenyataan.

Hasan Baharom masih mengambil sikap mengunci mulut berkenaan laporan berkenaan, meskipun sudah dihubungi oleh SuaraTV.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat