Anwar Dakwa Dihubungi Sultan Johor, Untuk PKR Terajui Kerajaan Negeri

PRK Chini Satu lagi Kemenangan Moral Buat Kepimpinan Zahid Hamidi

Selepas Tanjung Piai dan Kimanis, Barisan Nasional di bawah kepimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, meneruskan rentak kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Rasmi: BN Menang PRK Chini Majoriti 12,650 Undi, Calon Bebas Hilang Deposit

Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kerusi DUN Chini dengan majoriti lebih besar sebanyak 12,650 undi. Pegawai pengurus pilihan raya, Zaliza Zulkipli bagi PRK Chini mengumumkan...

Tidak Rasmi: BN Mendahului Keputusan PRK Chini Dengan Majoriti 12,041 Undi

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan setakat 8 malam ini, calon BN, Mohd Sharim Md Zain, 41, mendahului Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

Ahmad Zahid Bersyukur, Keputusan Tak Rasmi BN Menang Lebih Besar Di PRK Chini

CHINI – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melahirkan rasa syukur dengan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan...

Pemandu Dipercayai Mabuk Pandu Lawan Arus Maut Kemalangan Dengan Lori

Pegawai pemasaran yang memandu melawan arus dipercayai akibat mabuk maut kemalangan di susur Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE) menghala ke Subang, awal pagi...

Kuala Lumpur – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa mendapat perkenan dari Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar untuk merampas semula pentadbiran kerajaan negeri daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Menurut bekas Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Anwar ketika perjumpaan mereka pada Rabu.

“Dia bersungguh sungguh yakinkan bahawa Sultan Johor hubungi dia minta terus usaha ambil alih kerajaan, katanya syarat Sultan Johor kerajaan baru itu wajib tanpa Mahathir.

“Dia juga menyebut beberapa raja – raja Melayu dan kerabat termasuk Tengku Hassanal, Pemangku Sultan Pahang yang katanya ketika dia menerangkan situasi semasa Tuanku terkejut dan sangat menyokong dia sebagai PM selepas difahamkan,” ujar Badrul yang lebih dikenali dengan panggilan Chegubard.

Chegubard melalui laman Facebook Khamis lalu berkata perjumpaan tersebut diadakan di kediaman Anwar di Bukit Gasing.

Sultan Ibrahim sebelum ini memberi amaran untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika perebutan kuasa dalam kalangan wakil rakyat negeri itu terus berlaku.

Baginda menzahirkan rasa kecewa itu ekoran kemelut politik yang masih berlaku di Johor.

Menurut Chegubard lagi Anwar turut mendakwa telah mendapat sokongan 112 ahli parlimen bagi membolehkan PH membentuk kerajaan tanpa Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Katanya kini dia sudah ada 112 tetapi tidak akan ‘move’ sehingga ada 120. Depan dia Anuar Mohd Nor salah seorang sahabat yang mengiringi saya nyatakan nombor 120 itu sangat sukar sebab Dr. Mahathir sendiri ada 5.

“Anwar sebut Mahathir tua tak mampu kawal game. Malah katanya “Pak Wan”, Maszlee dan Sharuddin sudah menghubungi dia dan nyatakan tak sokong Mahathir tetapi sokong Anwar,” dedahnya lagi.

Chegubard berkata pendedahan tersebut di lakukan ekoran tindakan Anwar merakam dan mendedahkan perjumpaan tertutup yang diadakan itu.

“Pagi ini (Khamis) tersebar gambar dan video rakaman dari jauh dengan sengaja memanipulasinya dengan tagline jahat oleh para golongan macai Anwar (macai = Mempercayai Apa saja Cakap Anwar Ibrahim) kononnya saya jumpa Anwar untuk insuran.

“Ternyata Anwar ahli politik penipu dan pembelit tak ada nilai “gentleman” , saya sudah hantar pesanan whatsapp kepada Anwar tanya penjelasannya,” tegasnya lagi.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

PRK Chini Satu lagi Kemenangan Moral Buat Kepimpinan Zahid Hamidi

Selepas Tanjung Piai dan Kimanis, Barisan Nasional di bawah kepimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, meneruskan rentak kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Rasmi: BN Menang PRK Chini Majoriti 12,650 Undi, Calon Bebas Hilang Deposit

Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kerusi DUN Chini dengan majoriti lebih besar sebanyak 12,650 undi. Pegawai pengurus pilihan raya, Zaliza Zulkipli bagi PRK Chini mengumumkan...

Tidak Rasmi: BN Mendahului Keputusan PRK Chini Dengan Majoriti 12,041 Undi

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan setakat 8 malam ini, calon BN, Mohd Sharim Md Zain, 41, mendahului Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...