Video Ibu Gantung Diri Bersama Anak Kerana Lapar – Palsu

- Advertisement -

 

GLOBAL- Satu klip video yang memaparkan tiga anggota keluarga menggangtung diri di sebuah rumah, tular di media-media sosial sejak semalam.

Agensi media Indonesia, Tribunnews.Com melaporkan, wanita yang dipercayai berasal dari Sumedang, Jawa Barat itu nekad menggantung diri bersama anaknya akibat tidak tahan melihat dua anaknya kelaparan sejak perintah berkurung Covid-19 selama 7 hari.

Memetik laporan agensi itu juga, kejadian di salah sebuah wilayah di Indonesia itu, dipercayai kesan daripada perintah berkurung yang memaksa ramai orang kehilangan kerja dan sumber pendapatan.

Walau bagaimanapun, Cirebon Pikiran Rakyat mendedahkan video tular tersebut bukan berlaku di Indonesia, sebaliknya berlaku di negara lain.

Hasil tinjauan SuaraTV mendapati, video tular tersebut berlaku di Durban, Afrika Selatan.

Timeslive melaporkan seorang ibu ditemui mati bersama dua anaknya di rumah kediaman mereka setelah menggantung diri.

Ketiga-tiga mayat itu ditemui oleh dua lagi anak kepada wanita itu yang baru balik daripada kedai untuk membeli ubat.

Pihak berkuasa tempatan masih menyiasat kes tersebut. – SuaraTV

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat