Kuih Viral Ramadan 2020 PKP

- Advertisement -

 

Cerita tentang Che Abas Demam

Baru tadi dengar dalam Berita TV 3

Kisah Asal Usul Sejenis Kuih Tradisional Terengganu Kuih ‘ Che Abas Demam’ Di Beri Nama

Kisah Ini telah bermula di sebuah Perkampungan Nelayan di Terengganu.

Apabila Sepasang suami isteri bernama Abas dan Ramlah yang hidup di satu perkampungan nelayan tellah menyediakan sejenis Hidangan Istimewa buat si suami yang tiada selera makan akibat demam.Si isteri pula aktif membuat keropok hasil tangkapan ikan yang diperoleh si suami .

Akibat Terlalu Risau Dengan Keadaan Yang Berlaku Terhadap Suaminya,Habis juadah telah di sediakan si isteri namum suaminya masih Tiada selera untuk menjamah makanan tersebut.Maka Pada suatu hari si isteri Telah mendapat idea untuk membuat satu jenis makanan untuk suami . Melihat lebihan tepung kanji serta isi ikan membuat keropok…

Di ambil tepung kanji Tersebut ,kemudian di bancuh tepung kanji itu di dalam air panas.Tepung kanji di kacau sehingga menjadi pekat serta di biarkan sejuk.Sementara menunggu adunan kanji itu sejuk.Sebiji kelapa Telah Di Perut untuk di ambil santan.Lebihan ikan yang ada untuk membuat keropok Telah Di ambil serta di bakar.Selepas siap di bakar..ikan itu di buang tulang dan di tumbuk.Kemudian tepung kanji Yang Sudah Sejuk di potong kecil2.Santan dan isi ikan di càmpur sekali dengan tepung kanji yang sudah dipotong tadi.Bagi Membangkitkan Aroma bawang merah,halia di mayang halus,Di masukkan sedikit halba
, Kemudian semua bahan di masak sehingga mendidih.

Selepas Siap Di Masak , isterinya membawa makanan itu kepada suaminye..Di suapkan Kuih itu kepada suaminye. Si suami yang Pada mula2nye tiada selera untuk makan, Terbuka seleranya setelah Di suapkan kuih Itu.

Habis semangkuk kuih itu di makan oleh si suami.Ternyata dengan kebijaksanaan Si isteri mencipta kuih itu sehingga membuat selera suaminya Terbuka,Dengan perasaan gembira.
Lebihan kuih itu di agihkn kepada jiran2nye.Setelah jirannya bertanya nama kuih itu,Secara Tidak sengaja si isteri memberi tahu yang kuih itu bernama Kuih ‘CHE ABAS DEMAM’

Mengambil nama sempena nama suaminye yang sedang demam ketika menjamah kuih itu Maka Dari Kisah Inilah kuih (CHE ABAS DEMAM) Bermula Sehingga Menjadi Antara Juadah Tradisi Yang Terkenal Di Terengganu

*Kuih Che Abas Demam Tidak Sama Dengan Kuih Asam Gumpal,

-Kuala Terengganu Post-

Resepi Che Abas Demam

Bahan2 (A) :-

8 cawan sagu rembia @ 4 cawan sagu biji
8 cawan air
2 cawan gula

Bahan2 (B-kuah) :-

1 biji kelapa ( ambil santan pekat )
6 ulas bawang merah
2 ekor ikan kembung
Sedikit halia
Sedikit halba
Garam secukup rasa

Cara2 (A):-

Satu kan ketiga2 bahan A. Letak di atas dapur dan kacau sehingga pekat.

Cara2 (B) :-

Ikan dipanggang, kemudian ambil isi sahaja dan hancurkan.

Campurkan kedua2 bahan (ikan) dan bahan2 utk kuah. Letak atas dapur dan kacau hingga masak.

Sejukkan di dalam loyang dan potong sagu rembia mengikut selera. Kemudian masukkan kuah dan hidangkan.

pencari makan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat