Penganalisis persoal langkah Petronas lepas 50 peratus blok gas Sarawak selepas penemuan rizab 4 trilion kaki padu

KUALA LUMPUR,— Penganalisis ekonomi dan politik, Eric See Too membangkitkan persoalan berhubung keputusan PETRONAS melepaskan 50 peratus kepentingan dalam dua blok gas utama di luar pesisir Sarawak kepada syarikat tenaga Perancis, TotalEnergies, selepas penemuan lebih 4 trilion kaki padu (Tcf) gas dibuat sendiri oleh PETRONAS Carigali.

Menurut beliau, penemuan di blok SK301b dan SK313 bukanlah projek kecil, sebaliknya antara penemuan gas terbesar dalam beberapa tahun kebelakangan ini yang berpotensi membawa hasil berbilion dolar kepada negara.

“Ini bukan projek biasa, tetapi penemuan lebih 4 Tcf gas, antara yang terbesar dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

“Tetapi apa yang berlaku selepas pengumuman penemuan itu pada Julai 2023? Sebanyak 50 peratus kepentingan dalam dua blok ini dijual kepada TotalEnergies pada Jun 2025,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Eric berkata, persoalan utama bukan sekadar nilai transaksi yang tidak diumumkan, tetapi rasional mengapa PETRONAS memilih untuk menjual separuh kepentingan selepas rizab gas berskala besar telah pun dikenal pasti.

“Jika PETRONAS yang membuat penemuan besar ini, kenapa tidak teruskan untuk membangunkannya secara sendiri sedangkan PETRONAS ada dana dan kepakaran sendiri?

“Atau adakah PETRONAS begitu terdesak sehingga kena jual penemuan yang besar itu untuk mendapat dana segera?” katanya.

Berdasarkan pengumuman rasmi pada Jun 2025, TotalEnergies memperoleh 50 peratus operated working interest dalam kedua-dua blok berkenaan yang terletak di luar pesisir Sarawak, manakala baki 50 peratus lagi kekal dipegang oleh PETRONAS melalui anak syarikat milik penuhnya, Petronas Carigali Sdn Bhd.

Gas daripada blok berkenaan dijangka dibangunkan untuk menyokong bekalan kepada Malaysia LNG bermula tahun 2030.

Eric turut menganggarkan nilai kasar aset tersebut boleh mencecah antara AS$4 bilion hingga AS$12 bilion bagi keseluruhan 100 peratus kepentingan, bergantung kepada penilaian harga gas bawah tanah, sekali gus menjadikan nilai bagi 50 peratus pegangan yang dilepaskan berpotensi mencecah berbilion dolar.

Beliau turut membangkitkan persoalan sama ada PETRONAS sepatutnya mengambil pendekatan lebih agresif untuk mengawal kekayaan sumber gas negara sendiri berbanding membuka ruang lebih besar kepada penguasaan pihak asing dalam blok strategik negara.

“Bila penemuan sudah terbukti, nilai aset sepatutnya jauh lebih tinggi sebab risiko tiada minyak atau gas sudah sangat kurang,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat