HONOR umum sokongan 7 tahun kemas Kini android dan sekuriti untuk siri Magic

- Advertisement -

KUALA LUMPUR, 5 Mac 2025 – Jenama teknologi global, HONOR, mengumumkan bahawa ia akan menyediakan tujuh tahun kemas kini sistem operasi Android dan keselamatan untuk siri flagship HONOR Magic. Langkah ini akan bermula dengan model HONOR Magic7 Pro di pasaran Kesatuan Eropah dan akan diperkenalkan secara berperingkat di pasaran lain, termasuk Malaysia.

Keputusan ini adalah sebahagian daripada inisiatif HONOR ALPHA PLAN, yang menekankan kepentingan pengalaman pengguna dalam jangka panjang. Dengan sokongan lanjutan ini, HONOR menjadi antara tiga jenama dalam industri yang menawarkan tempoh kemas kini sistem operasi dan keselamatan yang lebih panjang kepada pengguna.

Ketua Pegawai Eksekutif HONOR, James Li, dalam ucapannya di Mobile World Congress (MWC) Barcelona 2025, menyatakan bahawa pendekatan ini bertujuan memenuhi keperluan pengguna masa kini serta memastikan peranti flagship kekal relevan lebih lama.

“HONOR ALPHA PLAN menumpukan kepada kepuasan pengguna dengan menyediakan produk yang bukan sahaja memenuhi tetapi melebihi jangkaan mereka. Dengan menawarkan tujuh tahun kemas kini sistem operasi Android dan keselamatan, kami ingin memastikan pelanggan mendapat pengalaman terbaik dan jaminan keselamatan yang berpanjangan,” katanya.

Selain meningkatkan keselamatan dan prestasi peranti, sokongan lanjutan ini juga dilihat sebagai satu langkah ke arah kelestarian, dengan mengurangkan sisa elektronik. Ini sekaligus membolehkan pengguna menikmati teknologi kecerdasan buatan (AI) terkini sepanjang tempoh sokongan tersebut.

Walaupun HONOR belum mengumumkan tarikh pelaksanaan rasmi di Malaysia, pengguna tempatan dijangka bakal menerima kemas kini serupa dalam masa terdekat. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkembangan terkini HONOR, pengguna boleh melayari laman rasmi Facebook HONOR Malaysia dan laman web https://www.honor.com/my/.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat