Beras Tempatan : Rakyat sudah susah, kamu ( Menteri ) buat makin susah – Pemuda UMNO

- Advertisement -

KUALA LUMPUR, 28 FEBRUARI – Ketika isu kekurangan beras tempatan meruncing, Pemuda Umno Malaysia sekali lagi mencadangkan supaya monopoli Padiberas Nasional Bhd (Bernas) dipecahkan bagi membolehkan lebih banyak pemain industri terlibat dalam pengimportan dan pengedaran beras.

Cadangan itu dikemukakan oleh Exco Pemuda Umno, Wan Zuhir Ghazali, yang menyifatkan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu, perlu bertanggungjawab kerana isu ini memberi kesan besar kepada rakyat.

“Rakyat sedang terjejas teruk dengan apa yang berlaku sekarang.

Apabila ditanya ke mana beras tempatan hilang, menteri jawab: tindakan mencampur beras memang menjadi amalan sejak 1970-an.”

“Rakyat sudah susah, kamu buat lagi makin susah dengan putar belit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wan Zuhir menegaskan, setiap sen yang keluar dari poket rakyat perlu diambil kira oleh kerajaan.

“Saya mencadangkan untuk menstruktur semula Bernas dan menggalakkan pemain industri baru.

Bernas sebagai satu-satunya pihak yang mengawal import dan pengedaran beras perlu distruktur semula bagi memastikan ia tidak menghalang persaingan sihat dalam industri,” katanya.

Sebagai langkah penyelesaian, Pemuda Umno mencadangkan supaya fungsi Bernas diubah daripada pemegang monopoli kepada syarikat yang hanya memantau import dan pengedaran beras.

Selain itu, mereka turut mencadangkan koperasi milik pesawah dan syarikat swasta tempatan turut serta dalam pengimportan dan pengedaran beras.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat