MWC 2025, serlah pencapaian negara di rantau ASEAN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Pavilion Malaysia di Mobile World Congress (MWC) 2025 Barcelona, Sepanyol hari ini menyerlahkan pencapaian negara dalam memacu kemajuan menerusi pelaksanaan 5G, infrastruktur digital dan inovasi kerjasama di rantau ASEAN.

Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa berkata, Malaysia komited bagi membangunkan satu ekosistem digital yang memberi manfaat kepada rakyat Malaysia serta rakan negara serantau.

“Pavilion Malaysia yang menghimpunkan Kementerian Komunikasi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia dan penggiat industri termasuk Digital Nasional Bhd, CelcomDigi Bhd, Maxis Bhd, Telekom Malaysia Bhd, U Mobile Sdn Bhd, YTL Corporation Bhd, Edotco Group Sdn Bhd dan MEASAT Global Bhd, juga menjadi paparan komitmen Malaysia bagi memacu transformasi digital serta memupuk kerjasama antarabangsa,” kata MCMC dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya pencapaian di MWC 2025 juga turut membuktikan kedudukan Malaysia bukan sahaja seiring kemajuan global tetapi turut menyumbang aspek inovasi berharga yang memacu pertumbuhan ekonomi dan kemajuan masyarakat.

Dalam kenyataan tersebut MCMC berkata, Pavilion Malaysia yang berlangsung pada 3-6 Mac 2025 turut mengetengahkan pelbagai pencapaian teknologi Malaysia dan dibuka secara rasmi pada hari ini.

“Pavilion Malaysia di MWC 2025 ini jelas meniadi bukti kemaiuan serta visi kita untuk merealisasikan masa depan dengan kesalinghubungan, inovatif dan mampan,” katanya.

Selain itu, tumpuan utama dalam pavilion adalah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang mengatasi jangkaan dengan menyediakan akses internet berkelajuan tinggi kepada lebih 9.03 juta premis, sekali gus melepasi sasaran asal sebanyak sembilan juta menjelang 2025.

“Satu lagi ciri utama ialah usaha rintis rangkalan teras berbilang pengendali 6 Hala (MOCN), inisiatif pertama seumpamanya di ASEAN yang meningkatkan kesalinghubungan menerusi perkongsian infrastruktur dalam kalangan pengendali rangkaian mudah alih,” kata MCMC.

author avatar
Jannah Jalidar
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat