BBC puji kepimpinan berani PM kembali kan autonomi parlimen

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Kelab Penyokong Kerajaan Madani (BBC) menyambut baik Pindaaan Perlembagaan Persekutuan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Perkhidmatan Parlimen di Dewan Rakyat semalam.

Pengerusinya, Datuk Mohd Shahar Abdullah berkata langkah bersejarah ini menandakan satu reformasi sebenar dalam memperkasakan kebebasan, autonomi, dan kebertanggungjawaban Parlimen sebagai institusi legislatif tertinggi negara.

“Kami memuji kepimpinan serta komitmen Perdana Menteri dalam merealisasikan reformasi institusi yang menyeluruh.

“Pengembalian Aka Perkhidmatan Parlimen ini juga bukti nyata kesungguhan Kerajaan Madani dalam memperkukuh prinsip pemisahan kuasa, menyubur demokrasi, serta memastikan ketelusan dan tadbir urus yang baik,” katanya dalam satu sidang media di Parlimen hari ini.

Tambahnya dengan pengembalian Akta ini, Parlimen kini akan berfungsi dengan lebih efektif dan bertanggungjawab.

“Parlimen akan mempunyai kuasa penuh untuk menggubal undang-undang, melaksanakan mekanisme semak dan imbang yang lebih berkesan, serta memastikan wacana yang bermakna demi kepentingan rakyat.

“Salah satu aspek penting dalam Akta in adalah kebebasan dana dan kawalan kewangan oleh institusi Parlimen,” katanya.

Selain itu jelasnya dengan kemampuan mengurus sumber kewangan secara autonomi, Parlimen tidak lagi bergantung sepenuhnya pada pengaruh eksekutif.

“Ini membolehkan pengagihan dana yang lebih telus, efisien, dan berorientasikan keperluan rakyat.

“Aka Perkhidmatan Parlimen turut memperkenalkan model hibrid bagi meningkatkan kecekapan Parlimen.

“Pendekatan ini memastikan kelancaran operas, mengekalkan kepakaran khusus dalam urusan perundangan, dan memenuhi keperluan semua pihak, termasuk Ahli-Ahli Yang Berhormat dan pegawai yang terlibat,” katanya.

Tegansya BBC kekal teguh dalam menyokong segala inisiatif yang memperkukuh institusi demokrasi dan memastikan keluhuran Perlembagaan terus dipertahankan, dengan bertekad untuk memastikan Parlimen berfungsi sebagai badan yang benar-benar bebas, berkesan, dan selari dengan aspirasi rakyat.

“Pengembalian Akta Perkhidmatan Parlimen ini adalah kemenangan besar bagi demokrasi Malaysia, dan kami menantikan pelaksanaannya yang efektif bagi meningkatkan akauntabiliti dan kredibiliti
Parlimen demi masa depan negara yang lebih gemilang,” katanya.

author avatar
Jannah Jalidar
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat