Tiada ECRL ke Johor buat masa ini – Menteri Kewangan II

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Belum ada keperluan untuk menyambung projek Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL) ke Johor buat masa ini.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, buat masa ini dari Lembah Klang ke Johor sudah ada projek landasan berkembar yang menghubungkan KL Sentral dan JB Sentral.

“Buat masa ini dari Lembah Klang ke Johor, kita tengah buat ‘double tracking’… jadi, kita habiskan (siapkan) dulu ‘double tracking’.

“Saya rasa perkara utama kita habiskan (siapkan) projek ini (ECRL) dulu, kita operasikan projek ini dulu,” katanya di Kuantan, Pahang lapor Malaysiakini, semalam.

Terdahulu Amir Hamzah melancarkan Laporan Impak Sukuk Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Bagi Projek ECRL di Tapak Projek ECRL Seksyen 10, dekat Kuantan.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif MRL, Darwis Abdul Razak.

Projek landasan berkembar disebut Amir Hamzah itu dipercayai merujuk kepada Landasan Berkembar Lembah Klang 2 (KVDT2) dan Projek Landasan Berkembar Elektronik (PLBE) Gemas – Johor Bahru.

Projek PLBE membabitkan laluan sepanjang 192 kilometer itu dijangka siap pertengahan tahun ini.

Manakala KVDT2 pula dijangka siap menjelang hujung tahun ini.

Sebelum ini, seorang pengarah strategi mencadangkan jajaran ECRL disambung ke negeri Selatan tanah air itu.

Ini kerana, katanya, ia bersesuaian dengan pelancaran Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura, baru-baru ini.

Sementara itu, mengulas berkaitan progres pembinaan landasan ECRL, Amir Hamzah berkata, sehingga Januari lalu, sebanyak 78.5 peratus kerja pembinaan di empat negeri – Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor – sudah disiapkan.

“Tahap kemajuan ini meyakinkan kita selari dengan jadual penyiapan jajaran ECRL fasa pertama dari Kota Bharu, Kelantan ke Terminal Bersepadu Gombak, Selangor pada Disember 2026 dan beroperasi awal tahun 2027.

“Seperti yang Darwis cakap dalam ucapan sebentar tadi, dua kali (sambutan) Syawal lagi, warga Pantai Timur boleh pulang ke kampung halaman menggunakan ECRL,” jelasnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat