Siri HONOR Magic6 bersaing dengan Samsung Galaxy S24 di pasaran mewah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR, 5 Februari 2024 – HONOR mencabar Samsung dalam pasaran mewah dengan flagship terbaharu, Siri HONOR Magic6 dalam persaingan langsung dengan Siri Samsung Galaxy S24. HONOR Malaysia memuat naik sekeping surat di Facebook rasmi, hari ini yang ditujukan kepada jenama telefon pintar Korea Selatan tersebut. Dalam surat itu, HONOR Malaysia mengucapkan selamat ulang tahun ke-24 kepada jenama tersebut dan turut bersertakan sentimen ‘time for a change’ atau ‘masa untuk berubah’.

Ini susulan prestasi cemerlang HONOR Malaysia pada 2023, yang mana HONOR X9a, HONOR 90, dan HONOR X9b tersenarai dalam 10 telefon pintar paling dicari di Carian Tahun 2023 Google dalam negara.

Selepas berpisah dengan Huawei pada 2021, HONOR dengan pantas mencapai pengiktirafan di dalam pasaran mewah melalui pembangunan teknologi canggih, khususnya dalam Siri Magic. HONOR telah membangunkan teknologi baharu antaranya Sistem Kamera Falcon HONOR, bateri karbon silikon, Teknologi Perlindungan Mata Bebas Risiko, Cipset Keselamatan Diskret, Pelindung Nanohablur HONOR dan engsel titanium ringan untuk HONOR Magic V2.

Dalam pada itu, HONOR sedang bersiap sedia untuk pelancaran global Siri HONOR Magic6 dan Magic V2 RSR di Kongres Mudah Alih (MWC) 2024, sekaligus membuat ramai peminat teknologi tidak sabar menyaksikan acara besar tersebut. HONOR menjangkakan peranti baharu ini berprestasi lebih cemerlang dalam pasaran telefon pintar tahun ini.  Pelancaran HONOR Magic V2 dan perkenalan V2 RSR edisi Porsche Design di Malaysia baru-baru ini sudahpun memikat hati ramai ketua pegawai eksekutif tempatan sebagai peranti pilihan mereka.

Pelancaran global HONOR Magic V2 RSR dan Siri HONOR Magic6 akan berlangsung di Barcelona, Sepanyol pada 25 Februari 2024, jam 9 malam waktu tempatan. Acara ini boleh disaksikan menerusi strim langsung di laman web HONOR https://www.hihonor.com/my/events/honor-mwc/

Maklumat lanjut mengenai HONOR Magic V2 boleh layari https://bit.ly/HONORMagicV2PR

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat