Yuna seperti di ‘alam khayalan’

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Penyanyi Yuna, 34, berbangga diberi peluang untuk mengadakan persembahan secara maya di Aquaria KLCC, di sini, dan menghiburkan penonton menerusi dalam talian, semalam.

Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zara’ai berkata, dia berterima kasih kepada semua peminat yang menyokongnya dengan membeli tiket persembahan itu.

“Yuna di Aquaria adalah ibarat mimpi. Kami mahu memberikan satu malam yang akan anda kenang. Saya cuma mahu berterima kasih kepada semua yang ternampak risalah saya dan membeli tiket tanpa berfikir dua kali.

“Ia sebuah keputusan yang sukar buat anda membeli tiket untuk sebuah persembahan maya, namun kami benar-benar mahu memberikan persembahan terbaik. Ini semua tidak akan jadi kenyataan tanpa pasukan saya yang sangat hebat.

“Suami saya yang juga pengarah memiliki visi magis tersendiri yang saya tidak berapa faham sehinggalah melihatnya dengan mata sendiri. Kalau anda tonton persembahan itu, anda tahu apa saya maksudkan,” katanya.

Pada persembahan itu, Yuna beraksi dengan berlatar belakangkan akuarium gergasi yang menempatkan pelbagai hidupan laut. Visual itu sekali gus menjadikan keseluruhan persembahannya seperti di alam khayalan.

Beberapa rakan artis tidak ketinggalan memujinya termasuk penyanyi rap, Joe Flizzow. Joe menyifatkan persembahan yang dilakukannya itu sangat luar biasa dari keseluruhan aspek.

Sementara itu, penyanyi lagu Crush itu menyifatkan ia antara persembahan paling memuaskannya setakat ini.

“Saya tidak tahu bagaimana saya mahu lakukan yang lebih baik daripada ini. Bagaimanapun, saya berharap akan dapat bertemu anda lagi pada persembahan maya saya yang seterusnya,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat