Calon PN Parlimen Pulai Umum Tarik Diri, Mahu Pilih Gabungan Lain

- Advertisement -

PETALING JAYA – Calon Perikatan Nasional (PN) di Parlimen Pulai, Deepak Jaikishan mengumumkan menarik diri daripada bertanding mewakili gabungan itu di kawasan berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Dalam satu kenyataan, Deepak berkata, tindakan itu diambil kerana beliau mendapati sejak dari 48 jam yang lalu, keberanian dan serangannya terhadap kleptokrat yang penuh dengan rasuah dan sekutu mereka lebih dihargai oleh pejuang demokrasi yang sejati.

“Hari ini, saya memilih untuk menyertai gabungan yang sehaluan dengan pandangan politik saya dan tidak gentar sebagai penjaga dan pejuang untuk melawan dan memelihara Negara kita yang tercinta ini dari golongan korup dan kleptokrat.

“Saya akan mendaftar pencalonan saya esok dan akan menyuarakan visi dan rancangan saya untuk Malaysia yang lebih berani dan gagah mewakili suara rakyat Malaysia di Parlimen,” katanya, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, Pengerusi Gerakan Johor, Datuk Teo Kok Chee sebagai berkata, Presiden Gerakan Datuk Dr Dominic Lau telah menamakan calon lain bagi bertanding di kerusi ini atas tiket Gerakan.

Menurut Teo, keputusan menukar calon berkenaan dibuat selepas pengumuman dibuat oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin sebelum ini.

Bagaimanapun, Pengarah Jentera Jabatan Pilihan Raya PN Johor, Rasman Ithnain memaklumkan, tiada sebarang perubahan nama calon termasuk di Parlimen Pulai sekali gus menyaksikan pertukaran Deepak hanya khabar angin. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat