Tampil lebih segar

- Advertisement -

SEMAKIN meraih sambutan memberangsangkan, program kaspul OHBULAN! TV atau OBTV terbitan REV Media Group (RMG) tampil segar dengan sajian hiburan santai.

Menampilkan barisan hos seperti Nasha Nazari, Shafika Suhaimi, Danial Nawawi, Ash Nordin, Najmi Suhaimi dan Petchmono, semestinya gelagat serta keletah mereka bersahaja.

Maklumat disampaikan juga padat walaupun cuma berdurasi lima minit.

Ketua Bahagian Tajaan Kandungan Melayu RMG, Noraniza Azmi berkata, OBTV tidak mungkin akan mendapat tempat di hati ramai seperti sekarang jika tanpa tenaga penyampainya yang serba berbakat.

Baginya, merekalah nadi program itu menjadi lebih hidup dan menghiburkan.

Walaupun bukan terdiri daripada nama-nama besar dalam industri hiburan, cara mereka mengendalikannya begitu profesional dan kreatif.

“Kami bangga kerana jenama OHBULAN! kini sudah berada di kaca tv. Lebih membanggakan, sambutan diterima untuk kaspul OBTV sangat memberangsangkan sehingga kini.

“Kami juga memutuskan untuk menggunakan bakat ‘in-house’ sebagai penyampai. Ia sekali gus membuktikan bahawa mereka bukan hanya pekerja berdedikasi, bahkan berbakat besar menjadi penyampai TV,” katanya.

Demi memastikan pengisian kapsul OBTV lebih padat, penerbitnya Ash Nordin menjelaskan kandungan yang disajikan harus sentiasa relevan. Paling penting, topik diketengahkan juga harus menghiburkan.

Justeru, mereka mengambil pendekatan untuk tampil dengan kelainan selain mempertaruhkan wajah penyampai baharu. Strategi menggunakan kisah sohor kini atau tular menjadi keutamaan OBTV.

“OBTV adalah sebuah program berbentuk hiburan yang agak berbeza dengan program hiburan sedia ada seperti Mbuzz. Berita-berita menarik dan kisah tular diambil dari seksyen ‘Kini Trending’ yang ditulis di laman portal OHBULAN! sendiri,” katanya.

Menurutnya, terdapat beberapa pembaharuan yang dilakukan sepanjang OBTV bersiaran ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Selain waktu siaran ditukar, rakaman juga dilakukan dari rumah.

Penyampai masing-masing turut melakukan inisiatif sendiri bagi melunaskan tugasan mereka. Pendekatan itu akan berlanjutan sehingga keadaan kembali selamat dan pulih untuk berada di studio.

OBTV berkonsepkan hiburan sosial mengenai topik tular dan berita menarik sepanjang minggu. Pengisian kandungannya diambil daripada isu hiburan, gaya hidup dan banyak lagi.

Kapsul berkenaan mula bersiaran pada 1 Januari lalu, setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad pada jam 7.55 malam secara eksklusif di TV9.

Namun, sejak 1 Ogos lalu, waktu siaran ditukar ke jam 6.55 petang.

OBTV juga boleh ditonton secara dalam talian di www.tonton.com.my pada hari sama atau tonton siaran ulangan di laman YouTube OHBULAN OFFICIAL dan Facebook OHBULAN!

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat