Pemimpin Wajar Jelaskan PN, MN Semasa Persidangan Bahagian

Usahawan IKS Digalak Francaiskan Produk – Wan Junaidi

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) terus menggalakkan usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) dan mikro untuk memfrancaiskan produk mereka...

Malaysia negara ke-46 haram senjata nuklear – Hishammudin

PUTRAJAYA - Malaysia hari ini meratifikasi Triti Mengenai Pengharaman Senjata Nuklear (TPNW) dan muncul sebagai negara ke-46 melaksanakan komitmennya untuk berbuat demikian. Menteri Luar, Datuk...

Alam Semula Jadi Dalam Bandar, Gamuda Gardens Hasilkan Kediaman Dengan Ciri Co-Living

Antara kriteria rumah idaman yang susah nak jumpa ialah rumah yang bertemakan alam semula jadi. Terletak di bandar tapi nak ada landscape yang cantik dan penuh...

8 Tempat Makan Yang Sedap Dan ‘Murah’ Di Johor Bahru Pasti Tidak Rugi Untuk Anda Cuba

Adakah anda pernah berkunjung ke Johor Bahru dan pening kepala mahu makan apa? Mungkin perkongsian ini akan menjimatkan masa anda memilih tempat makan apabila...

Sam kena kuarantin di hotel

KUALA LUMPUR: Aktor popular, Shaheizy Sam akur menjalani tempoh kuarantin selama dua minggu di sebuah hotel di Kuala Lumpur selepas kembali dari Sabah atas...

SUSULAN polemik yang berlaku dalam kalangan parti dan gabungan, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz mahu saluran komunikasi dan media parti memperjelas serta memperincikan setiap maklumat yang dibincang di setiap peringkat.

Ini kerana tegasnya, tindakan itu perlu bagi mengelakkan jurang maklumat (information gap) terjadi dalam kalangan ahli-ahli di peringkat akar umbi.

“Mungkin akibat terlalu ingin menjaga kerahsiaan dan strategi parti, pemimpin tertinggi parti telah bertindak untuk tidak menjelaskan hal-hal sebegini kepada akar umbi.

“Ada baiknya jika Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, pegawai-pegawai dan ahli-ahli MKT (Majlis Kerja Tertinggi) yang terlibat dengan Biro Politik dan Jawatankuasa Perunding mengambil kesempatan menjelaskan isu-isu berkaitan kerjasama dengan PPBM, PN dan MN semasa merasmikan Mesyuarat Tahunan Perwakilan UMNO Bahagian.

“Ini supaya kita dapat mengawal persepsi dan naratif perpaduan ummah yang menjadi asas kepada kebangkitan semula parti selepas Mei 2018 dan kemenangan BN sebanyak tujuh kali dalam Pilihan Raya Kecil (PRK).

“Memang menjadi agenda musuh untuk memecah belahkan permuafakatan parti-parti dalam PN dan MN. Jangan pula kita, ahli-ahli UMNO yang mempermudahkan lagi tugas mereka. Bersabarlah, bukannya lama sangat,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Beliau berkata demikian susulan polemik antara pemimpin serta ahli UMNO berhubung kerjasama parti dalam kerajaan PN yang dipercayai disebabkan Pilihan Raya Umum ke-15 semakin hampir.

Lebih parah lagi persoalan-persoalan dasar parti ini diolah oleh mereka yang tidak terlibat secara langsung dalam mesyuarat dan rundingan tersebut.

Sehubungan itu, Tun Faisal bertindak menjelaskan bahawa keputusan berkaitan kerjasama dengan PPBM, PN dan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dibuat di beberapa peringkat iaitu Biro Politik, Majlis Tertinggi, Jawatankuasa Perunding MN dan Jawatankuasa Perunding Kerusi Pilihanraya.

“Seingat saya, antara keputusan paling awal dibuat mengenai kerjasama dengan PN dan Tan Sri Muhyiddin adalah dalam mesyuarat Biro Politik, Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang dipengerusikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Keputusan yang dibuat dalam Biro Politik UMNO ini adalah untuk menyokong Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri, menyokong kerajaan PN, tidak akan menyertai PN jika ia didaftarkan tapi akan meneruskan kerjasama dengan PN, membentuk JK Perunding MN dan JK Perunding untuk membincangkan pengagihan kerusi bersama parti lain dalam PN.

“Keputusan-keputusan dalam Biro Politik ini seterusnya diperincikan lagi melalui perbincangan-perbincangan dalam JK Perunding MN yang dipengerusikan secara bersama oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man serta dianggotai lebih 20 orang pemimpin tertinggi kedua-dua parti.

“Ia termasuk semua Naib Presiden, ketua sayap, Ahli MKT – Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Datuk Seri Reezal Merican dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan bahawa dalam mesyuarat JK Perunding MN pula telah diputuskan beberapa perkara antaranya memastikan pertandingan satu lawan satu dan mengelakkan pertandingan tiga penjuru dan penggunaan manifesto bersama untuk PRU-15

“Seterusnya, rundingan-rundingan berkaitan pengagihan kerusi PRU-15 melibatkan UMNO, PPBM dan PAS pula dilaksanakan dalam sebuah lagi JK Perunding yang diwakili lima pemimpin kanan parti, iaitu Datuk Seri Ismail Sabri, Tan Sri Annuar Musa, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Datuk Dr Asyraf Wajdi dan Datuk Seri Azalina Othman Said.

“Dalam mesyuarat JK Perundingan ini, khabarnya berdasarkan kekuatan semasa parti-parti dalam PN, dipersetujui bahawa UMNO dan BN akan bertanding jumlah kerusi yang terbanyak.

“Jelas sekali semua keputusan ini bukan dibuat oleh seorang individu tetapi dibuat dengan penglibatan pemimpin-pemimpin kanan parti, termasuk Presiden dan Naib-naib Presiden yang merupakan wakil yang dipilih oleh perwakilan dan ahli-ahli di peringkat akar umbi bagi mewakili suara mereka di peringkat tertinggi parti.

“Ia juga bukan keputusan UMNO semata-mata, tetapi keputusan-keputusan dasar ini dicapai selepas pemimpin-pemimpin kanan UMNO berunding sehabis baik dengan pemimpin-pemimpin kanan parti-parti lain dalam PN dan MN.

“Faktanya adalah adalah keputusan-keputusan ini merupakan agenda bersama dalam UMNO yang telah dirundingi oleh sejumlah besar pemimpin-pemimpin tertinggi parti maka adalah salah untuk mendakwa bahawa semua ini adalah agenda Muhyiddin,” jelasnya.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

Malaysia negara ke-46 haram senjata nuklear – Hishammudin

PUTRAJAYA - Malaysia hari ini meratifikasi Triti Mengenai Pengharaman Senjata Nuklear (TPNW) dan muncul sebagai negara ke-46 melaksanakan komitmennya untuk berbuat demikian. Menteri Luar, Datuk...

Anwar Dakwa 120 MP Sokong, Tak Tunjuk Senarai Nama Kepada PH – Sinchew Daily

PETALING JAYA – Walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan telah mendapat sokongan lebih 120 wakil rakyat untuk membentuk kerajaan, tetapi Presiden PKR itu tidak...

Pan Borneo Fokus Pertama Bung Moktar

KOTA KINABALU - Memulakan hari pertama tugasan, Timbalan Ketua Menteri l yang juga Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin fokus kepada...