Osman Sapian Dibuang Bersatu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Keahlian bekas menteri besar Johor, Datuk Osman Sapian telah dilucutkan oleh Lembaga Disiplin Bersatu hari ini.

Tindakan Bersatu itu dibuat susulan tindakan Osman yang didakwa membantu kempen calon Bebas pada pilihan raya kecil DUN Slim baru-baru ini.

Hal demikian, Pengerusi Lembaga Disiplin, Megat Najmuddin berkata Adun Kempas itu tidak perlu didakwa di depan Lembaga Disiplin parti atas tindakannya itu.

“Mengikut Perlembagaan Bersatu, Fasal 10.2.3, Datuk Osman telah secara automatik atau serta-merta terlucut keahlian beliau dalam parti Bersatu.

“Tak perlu di dakwa depan Lembaga Disiplin. Setiausaha agung (Bersatu) boleh memberitahu kepada umum bahawa Datuk Osman tidak lagi merupakan ahli Bersatu kerana tingkahlaku beliau sendiri,” katanya memetik laporan Malaysiakini.

Beliau berkata demikian apabila ditanya adakah Osman sudah dipanggil oleh pihak lembaga disiplin dan tindakan yang diambil susulan tindakannya yang didakwa membantu calon Bebas di PRK Slim baru-baru ini

Sebelum ini, tular video yang menunjukkan Osman yang dipercayai sedang berucap berkempen menyokong calon Bebas iaitu Amir Khusyairi Mohamad Tanusi ketika di PRK Slim.

Bagaimanapun, Osman mendakwa kehadirannya di Slim, Perak sekadar untuk bertemu rakan lama sambil makan angin dan menegaskan tindakan beliau itu tiada kaitan dengan politik.

Osman bagaimanapun, enggan mengulas mengenai kenyataan Megat Najmuddin itu ketika dihubungi.

“Saya tak nak komen,” jawabnya.

Semalam, Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata Bersatu menyerahkan sepenuhnya kepada lembaga disiplin parti itu untuk menentukan tindakan terhadap Osman berhubung tindakannya itu.

Ahmad Faizal berkata jawatankuasa lembaga disiplin sebelum itu perlu menyiasat dan memanggil Osman untuk memberi keterangan.

DUN Johor memiliki 56 kerusi dengan agihan sebelum ini adalah Umno dan DAP masing-masing 14, Bersatu (12), MIC (dua), PAS (satu), Amanah (9) dan PKR (empat).

Ia menjadikan kerajaan PN mempunyai 29 kerusi berbanding PH 27 kerusi, manakala majoriti mudah bagi membentuk kerajaan baharu di Johor ialah 29 kerusi.

Namun jika Osman bertindak menyertai Pakatan Harapan, maka sidang DUN Johor negeri itu akan tergantung.

Ini akan menyaksikan jumlah kerusi diperoleh PH dengan PN masing-masing terikat kepada 28 kerusi.

Pada 3 Jun lalu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memberi amaran untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN ) bagi membolehkan pilihan raya baru diadakan jika perebutan kuasa berlaku.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat