Sidang Parlimen Khas bincang isu harga barang, sara hidup – PAS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- PAS mengemukakan saranan supaya Sidang Parlimen Khas diadakan bagi membincangkan isu harga barang dan kos sara hidup.

Ketua Penerangan PAS, Senator Ir. Ts. Khairil Nizam Khirudin berkata, Sidang Khas Parlimen itu membabitkan perbincangan bersama ketua parti politik kerajaan dan pembangkang.

“Adakan Sidang Parlimen Khas melibatkan perbincangan bersama ketua parti politik kerajaan dan pembangkang,” ciapnya di Twitter PAS Pusat pada Isnin.

Selain itu, saran beliau ialah kredit bersasar bantuan bulanan melalui Kad Pengenalan atau e-dompet.

Sebelum ini, kerajaan mengunjurkan perbelanjaan subsidi kepenggunaan yang setakat ini berjumlah RM77.3 bilion bagi 2022.

Ia adalah jumlah subsidi tertinggi dalam sejarah yang pernah ditanggung oleh mana-mana kerajaan.

Subsidi kepenggunaan berkenaan membabitkan petrol, diesel, gas petroleum cecair (LPG), minyak masak, tepung dan elektrik bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat