Wan Saiful desak Zahid bersara supaya negara stabil

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan mendesak Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya bersara daripada arena politik demi mengembalikan kestabilan politik.

Beliau malah mempersoalkan jasa Presiden UMNO itu kepada negara.

“Ada sesiapa boleh bagitahu apa jasa Zahid kepada negara? Ada sesiapa boleh ingat apa legasi Zahid? Zahid ini faedahnya apa?

“Sewaktu Tan Sri Muhyiddin Yassin bertungkus lumus membela nasib rakyat, Zahid berpeluh di mahkamah. Bukan untuk negara, tapi sebab dituduh perlakuan jenayah seleweng duit.

“Semasa Muhyiddin bergelumang menyelesaikan masalah rakyat, ada sesiapa ingat apa yang Zahid buat untuk faedah rakyat? Soal Wan Saiful dalam kenyataan pada Isnin.

Jadi katanya, apa sebenarnya faedah wujudnya manusia bernama Zahid dalam senario politik Malaysia hari ini?

“Yang paling jelas, Zahid lah dalang disebalik ketidakstabilan politik negara.

“Zahid dalang di sebalik 15 orang ahli Parlimen UMNO mengkhianati kerajaan sendiri.

“Zahid dalang di sebalik tekanan kepada Datuk Seri Ismail Sabri hari ini. Zahid dalang yang pengecut menghadapi pemilihan parti sendiri,” dakwa Wan Saiful.

Bahkan beliau juga mendakwa, Zahid dalang yang akan terus berkomplot kerana terlalu ‘desperate’ mahu menjadi Perdana Menteri.

“Ada sesiapa percaya bahawa Zahid tak akan rebut kuasa dari Ismail Sabri? Bodohlah sesiapa yang percaya Zahid betul-betul akan pertahan Ismail Sabri.

“Zahid dalang yang akan terus berusaha merosakkan kredibiliti Muhyiddin. Selagi rakyat melihat Muhyiddin sebagai negarawan, selagi itulah Zahid kekal sebagai bakal banduan.

“Zahid, kamu manusia gagal yang bercakap pun dah macam orang gila.

“Kamu liabiliti kepada semua dikeliling kamu kerana fokus kamu hanya mencipta ketidakstabilan.

“Kerja kamu hanya gila mahu mencalarkan ketokohan seorang negarawan,” dakwa Wan Saiful lagi.

Beliau malah mencadangkan agar Zahid bersara.

“Lebih baik kamu bersara supaya kestabilan kembali kepada negara,” syor Wan Saiful.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat