Pensiangan dipilih lokasi pertama Program Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia(BLKM)

- Advertisement -

NABAWAN – Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memilih Pensiangan sebagai lokasi pertama di negeri Sabah bagi Program Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia (BLKM).

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, seramai 396 keluarga yang berumur lingkungan 16 hingga 60 tahun di sekitar Sook dan Nabawan dipilih mengikuti program BLKM.

Beliau yang juga ahli Parlimen Pensiangan menjelaskan, mereka yang terlibat turut mendapat lesen memandu motosikal di samping memperolehi maklumat berkenaan dengan peraturan jalan raya.

“Pemilikan lesen kelas B2 ini akan dapat membantu masyarakat B40 di negeri Sabah khususnya para belia di Parlimen Pensiangan untuk memanfaatkan bantuan berkenaan dengan mengambil inisiatif mencari/meningkatkan pendapatan melalui pekerjaan ataupun memulakan peniagaan dan seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi,” katanya dalam Majlis Penutup Program Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia Peringkat Parlimen P.182 Pensiangan – Zon 1 Nabawan hari ini.

Selain itu beliau turut menyifatkan pemberian bantuan lesen memandu tersebut adalah selari dengan usaha yang telah dilaksanakan bagi meningkatkan ekonomi penduduk di kawasan ini.

“Antara usaha-usaha yang giat dilaksanakan merangkumi infrastruktur perhubungan darat seperti pembinaan jalan Sapulut ke Salung ke Pagalungan sehingga ke Pensiangan, Jalan Kampung Sinaron ke Kampung Linayukan di Tongod dan juga pembinaan baharu serta menaik taraf menara telekomunikasi bagi memperluaskan akses telekomunikasi di Parlimen ini,” katanya.

Beliau percaya usaha-usaha meningkatkan ketersambungan perhubungan darat dan jaringan telekomunikasi adalah penting bagi membuka lebih banyak peluang ekonomi untuk penduduk setempat.

Dalam pada itu, Arthur turut mengingatkan agar penerima BLKM akan menjadi contoh pengguna jalan raya yang berdisiplin dan berhemah dengan mematuhi segala peraturan dan undang-undang jalan raya.

“Pemanduan yang berhemah dan berdisplin akan menyumbang kepada penurunan kadar kemalangan jalan raya di negara. Ini adalah sejajar dengan aspirasi Kerajaan mengurangkan jumlah kematian akibat nahas jalan raya sebanyak 50%, menjelang tahun 2030,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat