Petronas milik rakyat, jangan jual aset negara tampung kegagalan sendiri – Pas

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Petronas bukan milik Putrajaya sebaliknya ia milik rakyat.

Jika kerajaan terus menjual aset negara untuk tampung kegagalan sendiri, maka rakyat akan bangkit bersuara, kata Ketua Penerangan Pas Ahmad Fadhli Shaari.

Ahli Parlimen Pasir Mas berkata demikian mengulas dakwaan, Petronas kini dikatakan sedang menimbang menjual syarikat miliknya di Kanada, Progress Energy, yang dibeli pada 2012 dengan harga AS$5.3 bilion.

“Hari ini, aset bernilai 53 trilion kaki padu gas itu mungkin dijual hanya sekitar AS$6–7 bilion, walaupun ia sepatutnya memberi pulangan jauh lebih besar selepas lebih satu dekad.

“Prestasi Petronas merosot — pendapatan bersih jatuh lebih 30 peratus pada 2024, harga minyak global menurun, dan langkah pengurangan pekerja sedang dilaksana.

“Dalam masa sama, kerajaan menarik subsidi LPG dan sedang timbang tarik subsidi RON95, sambil terus memerah RM40 bilion dividen Petronas bagi tampung bajet,” katanya.

Fadhli menegaskan, ini bukan lagi soal korporat tapi ini soal tanggungjawab nasional.

Justeru beliau memberitahu bahawa rakyat menuntut penjelasan terbuka di Parlimen daripada Perdana Menteri.

“Selain itu, laporan penuh pelaburan dan pulangan Progress Energy.

“Jaminan bahawa pegangan LNG Canada tidak akan dijual.

“Moratorium segera ke atas penjualan aset luar negara milik GLC,” kata Fadhli.

Bloomberg melaporkan Petronas sedang mempertimbangkan langkah menjual syarikat miliknya di Kanada yang dahulunya dikenali sebagai Progress Energy Resources Corp, dengan anggaran nilai mencecah antara AS$6 bilion hingga AS$7 bilion (sekitar RM27.6 bilion hingga RM32.2 bilion).

Bagaimanapun Petronas menafikan akan meninggalkan Kanada susulan laporan berita ia mungkin mempertimbangkan untuk menjual syarikatnya di Kanada pada harga USD7 bilion.

Dalam satu kenyataan ringkas, Petronas juga berkata ia komited terhadap pelaburannya di Kanada, di mana ia mengendalikan pembangunan gas huluan North Montney Joint Venture.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat