Peguam mewakili ibu bapa Zayn Rayyan tarik diri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Peguam yang mewakili ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin, menarik diri sebagai peguam mereka bermula hari ini.

Mahmud Abdul Jumaat dalam kenyataan pada Selasa, berkata keputusan itu terpaksa dibuat kerana mahu memberi tumpuan kepada beberapa kes lain yang sedang dikendalikannya.

Berikutan itu, beliau yang juga peguam daripada firma guaman Tetuan Emir Mahmud & Co memutuskan untuk menarik diri dari mewakili ibu bapa Zayn Rayyan yang kini sedang direman tujuh hari bermula Sabtu lalu.

“Saya berdoa agar perjalanan kes ini berjalan lancar mengikut proses undang-undang sedia ada.

“Sebagai pengamal undang-undang, saya ingin menasihati semua pihak agar menghormati proses undang-undang dan tidak membuat spekulasi liar mengenai kes ini demi kebaikan bersama,” katanya memetik laporan BH.

Sebelum ini, Mahmud dilantik keluarga ibu bapa Zayn Rayyan selepas pasangan berusia 28 tahun itu ditahan polis pada Jumaat lalu.

Beliau turut hadir semasa prosiding permohonan reman ke atas suami isteri itu di Mahkamah Petaling Jaya, Sabtu lalu sebelum Majistret Ainaa Muhammad Kamal membenarkan reman tujuh hari sehingga Jumaat ini (7 Jun).

Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, ibu bapa kanak-kanak terbabit direman untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Hussein sebelum itu mengesahkan polis menahan kedua-dua ibu bapa Zayn Rayyan di kediaman keluarganya di Puncak Alam, pada jam 10.05 pagi bagi membantu siasatan polis berkaitan kes pembunuhan anak pasangan itu.

Pada 6 Disember tahun lalu, kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan yang juga anak sulung pasangan berkenaan ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di kawasan saliran air, kira-kira 200 meter dari kediaman keluarganya di Apartmen Idaman, Damansara Damai, Petaling Jaya.

Bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan leher, berkemungkinan besar dicekik atau dijerut.

Sehari sebelum itu, polis mengesahkan pihaknya menerima laporan kehilangan kanak-kanak terbabit pada jam 6.30 petang oleh keluarganya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat