AS kenakan sekatan kepada syarikat semikonduktor Malaysia didakwa bekalkan komponen kepada tentera Rusia: laporan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Sebuah syarikat semikonduktor Malaysia dikenakan sekatan oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS) kerana didakwa membekalkan tentera Rusia dengan komponen elektronik penting.

Al Jazeera melaporkan, Jatronics Sdn Bhd antara 300 entiti yang termasuk dalam senarai sekatan Washington kerana membantu Rusia dalam perang di Ukraine.

Jatronics yang berpangkalan di Kuala Lumpur, didakwa membekalkan komponen elektronik penting yang boleh digunakan dalam peluru berpandu, jet dan dron kepada Rusia.

Jurucakap Jabatan Negara AS memberitahu Al Jazeera, Jatronics membekalkan komponen kepada beberapa firma Rusia yang mempunyai kaitan dengan komplek industri ketenteraan negara itu.

Walaupun pegawai AS tidak mengesahkan komponen Jatronics digunakan dalam peralatan ketenteraan, tetapi mereka berkata syarikat itu membekalkan barangan yang termasuk dalam senarai Jabatan Perdagangan sebagai ‘barangan keutamaan tinggi biasa’ yang kritikal untuk sistem senjata berpandu tepat.

Sekatan ini bermakna bahawa mana-mana aset di AS yang dimiliki oleh entiti yang disasarkan akan dibekukan sementara urusan dengan negara-negara di bawah bidang kuasa AS akan dilarang, secara efektif memutuskan hubungan dengan sistem kewangan AS.

Menurut Pusat Pengajian Pertahanan Maju (C4ADS), Jatronics menghantar barangan bernilai lebih dari USD3 juta ke Rusia antara April 2022 dan Sept 2023.

Penerima termasuk syarikat yang disekat kerana hubungan mereka dengan tentera Rusia.

Pada Disember lalu, AS menyekat empat syarikat berpangkalan di Malaysia kerana didakwa menyediakan komponen untuk program senjata Iran, khususnya untuk membantu dalam pengeluaran dron.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat