Masih aktif macam biasa

- Advertisement -

Usia kandungan yang mencecah lima bulan tidak menjadi halangan buat penyanyi, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein untuk terus bekerja keras.

Baginya, selagi dikurniakan kesihatan dan kemampuan untuk bekerja, dia akan terus bekerja seperti biasa.

“Setakat ini, kerja masih berjalan seperti biasa. Insya-Allah, saya akan mula berehat apabila kandungan saya sudah masuk usia lapan bulan,” katanya.

Berkongsi mengenai keadaan kehamilannya, Elly masih bermain teka-teki mengenai cahaya mata keduanya ini.

“Kalau jantina, saya rasa saya rahsiakan dulu. Bila tiba masanya nanti saya akan kongsikan. Apa yang penting adalah doakan proses kehamilan saya berjalan lancar,” katanya.

Berkongsi mengenai perkembangan kariernya, Elly bersyukur kerana terus dikurniakan rezeki.

“Kalau kerja lakonan, ada beberapa tawaran. Namun, semuanya terhenti kerana sekatan pergerakan penuh (SPP) yang baharu dilaksanakan.

“Bagaimanapun, kerja pengacaraan yang dirakam dalam studio masih berjalan seperti biasa dan jadual saya untuk pengacaraan pun agak padat sehingga Ogos depan,” katanya.

Terbaharu, Elly kini mengacarakan program di TV3 berjudul Sumbang Suara.

“Ia adalah program hiburan yang sangat santai. Apa yang boleh saya katakan, program ini berbeza kerana ia mencari penyanyi bersuara sumbang.

“Dari segi pengacaraan pun, program ini tidak terlalu berpandukan skrip seperti program lain, sebaliknya lebih kepada borak seperti di kedai kopi,” katanya.

Selain Elly yang bertindak sebagai pengacara, Sumbang Suara juga menampilkan dua juri tetap iaitu Datuk Awie dan Hazama.

Program ini ditayangkan setiap Ahad jam 10.30 malam sebanyak 13 episod. Setiap minggu, lima peserta berentap dan seorang peserta akan diumumkan sebagai juara mingguan.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat