Tidak Mahu Digelar Ustaz, Suhaimi Saad ‘Letak Jawatan’ Sebagai Penyanyi Nasyid

- Advertisement -

Suhaimi Saad, seorang bekas anggota kumpulan nasyid InTeam dalam satu kenyataan di Instagram miliknya semalam mengumumkan bahawa beliau secara rasmi meletak jawatan sebagai penyanyi nasyid.

Malah, Suhaimi juga meminta orang ramai tidak lagi menggelarkan dirinya sebagai ustaz dan akan menyekat pengikut yang memintanya menyanyikan lagu InTeam ketika sesi live.

Bukan itu sahaja, Suhaimi turut menegaskan dan memberi amaran kepada para haters supaya tidak lagi mengganggu hidupnya. Malah, bagi sesiapa yang masih berdegil, Suhaimi akan mengambil tindakan kelak seperti mengenakan kompaun atau menyekat mereka dari mengganggu hidupnya.

Untuk pengetahuan anda, Suhaimi Saad sebelum ini menegaskan dirinya menolak vaksin COVID-19 dan lebih rela mati daripada membiarkan agamanya dihina dan diperbodohkan oleh musuh Islam.

The Vocket

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat