Hamid Dedah Hamzah Mahu Guna Cawangan Khas Untuk Kepentingan Politik : Laporan

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Abdul Hamid Bador mendakwa wujud campur tangan Menteri Dalam Negeri (MDN) untuk menentukan jawatan Pengarah Cawangan Khas (PCK) Bukit Aman.

Jelas Abdul Hamid, langkah itu dibuat bagi tujuan karier politik individu berkenaan.

“Bukan saya saja yang menghadapi masalah dengan Menteri Dalam Negeri, Jabatan Cawangan Khas (JCK) turut kurang senang dengan tindakan beliau sejak setahun lalu.

“Saya dimaklumkan Menteri Dalam Negeri telah memaksa JCK melakukan beberapa operasi bagi tujuan politik dirinya.

“Saya tidak boleh dedahkan operasi apa kerana setiap operasi JCK adalah rahsia tapi cukuplah untuk mengatakan bahawa objektif operasi itu tidak sesuai dengan mandat yang diberikan kepada JCK untuk memelihara serta menguruskan keselamatan negara,” katanya memetik MalaysiaGazette di Pulau Pinang, semalam.

Mengulas lanjut Abdul Hamid berkata, pihak di JCK menolak untuk turut serta dalam operasi tersebut sebelum melaporkannya kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tambah beliau, perdana menteri bersetuju JCK tidak boleh terlibat dalam kerja politik menyebabkan menteri terbabit marah sebelum cenderung bekerjasama dengan bekas pegawai kanan JCK yang telah tamat kontrak tahun lalu.

“‘Menteri berkenaan dikatakan mengatur langkah untuk menjadikan ‘budaknya’ (bekas pegawai kanan JCK) menyandang jawatan PCK Bukit Aman kerana individu itu mudah mengikut arahan menteri.

“Sebagai bukti, pada 16 Februari lalu PCK sedia ada telah dipanggil oleh Ketua Setiausaha KDN sebelum meminta beliau mengakhiri kontraknya secara sukarela, jika tidak notis sebulan bagi pemberhentian kontrak akan diberikan.

“Menteri tersebut seolah-olah tidak sabar meletakkan ‘budaknya’ mengisi jawatan tersebut sedangkan kontrak PCK akan berakhir pertengahan Jun ini,” dakwa Abdul Hamid.

Tambah beliau, isu tersebut turut dibawa untuk pengetahuan perdana menteri sebelum PCK diarahkan untuk terus berkhidmat.

Terdahulu, Abdul Hamid Bador menegaskan beliau akan berjuang dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan cara sendiri walaupun beliau bukan lagi Ketua Polis Negara.

Topik Hangat

Kontroversi SMK Puncak Alam, KPM Serah Kepada Polis

CYBERJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung beberapa insiden membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam (SMKPA). SMKPA menjadi tumpuan...

Israel Arah Serang Pegawai Hamas Di Iran, Turki, Qatar dan Malaysia?

TEL AVIV - Kepimpinan Israel didakwa mengarahkan ejen perisikan negaranya iaitu Shin Bet dan Mossad untuk membunuh pegawai tertinggi Hamas di dalam dan luar...

Tel Aviv Dihujani 80 Roket Ketika Gaza Kebumikan 26 Mangsa Kekejaman Israel (VIDEO)

CYBERJAYA - Kota Tel Aviv di Israel dihujani sekitar 80 tembakan roket yang dilancarkan dari Tebing Gaza bagi membalas kekejaman Israel ke atasa...

Berita Berkaitan

Jangkitan Covid-19 Naik Mendadak, Noor Hisham Rayu Masyarakat Kawal Pergerakan

KUALA LUMPUR - Peningkatan kes baharu COVID-19 secara mendadak sejak awal April lepas, telah memberi tekanan hebat kepada sistem perkhidmatan kesihatan negara, kata Ketua...

Kelulusan Rentas Negeri Akan Lebih Ketat, Cegah Salah Guna – KPN

PETALING JAYA - Kelulusan permohonan rentas negeri akan diteliti dengan lebih ketat lagi bagi memastikan tiada individu menyalahguna atau memalsukan kebenaran itu. Ketua Polis Negara,...

Rekod Tertinggi 47 Kematian, 4,865 Kes Baru Covid-19 Hari Ini

PUTRAJAYA - Malaysia merekodkan kes kematian tertinggi akibat jangkitan COVID-19 selama dua hari berturut-turut, iaitu sebanyak 47 kes dilaporkan hari ini, berbanding 45 kes...