Bapa Jual Buah Pinggang Untuk Sara Anak

- Advertisement -

JAWA TENGAH – Akibat hilang pekerjaan, seorang lelaki di daerah Klaten, Jawa Timur, Indonesia nekad untuk menjual buah pinggangnya bagi menampung makan dan minum empat orang anak yang masih kecil.

Tindakan Frans Larry Oktavianus itu, mengundang pelbagai reaksi daripada masyarakat setempat yang tidak menyangka bahawa bapa kepada empat anak itu membuat keputusan nekad yang disifatkan tidak masuk akal.

Seorang penduduk yang dipercayaan ketua komuniti setempat di kawasan kediaman tersebut memberitahu pihak berkuasa bahawa Larry bersama isterinya dalam perjalanan menuju ke Semarang.

Keempat-empat anak Harry juga dilaporkan masih kecil dan belum bersekolah.

Harry dilaporkan hilang pekerjaan akibat ancaman wabak Covid-19 yang memaksa daerah tersebut melaksanaan perintah berkurung.

Sehubungan itu, Harry yang sebelum ini bekerja sebagai tukang cuci kereta di Yogyakarta, terpaksa diberhentikan kerja oleh majikannya.

Tindakan luar jangkaan itu bukan sahaja menggemparkan seluruh penduduk kampung Dusun Karangsem, Ngering Jogonalan, malah di kalangan pihak pentadbiran daerah tersebut.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat